Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

SANDAKAN – Potensi Sandakan sebagai antara destinasi pelancongan utama di Sabah perlu dibangunkan secara lebih serius dan bersepadu, merangkumi aspek promosi, infrastruktur, kemudahan awam serta jaringan penerbangan.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Chong Thien Ming berkata, daerah itu memiliki tarikan alam semula jadi, khazanah sejarah dan identiti tempatan yang unik, namun potensinya masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.

“Sandakan tidak seharusnya hanya menjadi persinggahan pelancong yang berkunjung ke Sepilok.

“Kita perlu membangunkan Sandakan sebagai sebuah destinasi yang mendorong pelancong tinggal lebih lama, berbelanja lebih banyak serta menikmati pelbagai tarikan di bandar dan kawasan sekitarnya.

“Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Lembaga Pelancongan Sabah serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) perlu bekerjasama merangka pelan pembangunan pelancongan jangka panjang untuk Sandakan,” kongsinya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Chong, perkembangan ketibaan pelancong asing dari pasaran utama Asia seperti China, Taiwan, Singapura dan negara serantau lain yang masih perlahan perlu mendorong pihak berkuasa menilai semula strategi pemasaran Sandakan.

“Promosi pelancongan sahaja tidak mencukupi. Kita perlu memastikan pelancong mempunyai akses yang mudah untuk datang terus ke Sandakan.

“Lebih banyak penerbangan terus perlu digalakkan, khususnya dari pasaran China, Taiwan, Singapura dan negara Asia lain.

“Peningkatan jaringan penerbangan bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor pelancongan, malah membantu merancakkan perniagaan hotel, restoran, perkhidmatan pengangkutan dan sektor ekonomi tempatan,” ujarnya

Chong berkata, usaha menarik lebih ramai pelancong juga perlu dilaksanakan seiring dengan persediaan pemain industri dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

“Kapasiti penginapan dan pengangkutan perlu dipertingkatkan, manakala restoran serta kemudahan pelancongan harus dinaik taraf bagi menjamin pengalaman berkualiti kepada pengunjung.

“Tarikan pelancongan perlu diselenggara dan dijadikan lebih mesra pengunjung, termasuk dari aspek kebersihan, keselamatan, tandas awam, papan tanda, tempat letak kenderaan, pencahayaan serta pengurusan sisa.

“Sandakan juga memerlukan pusat maklumat pelancongan yang lengkap bagi memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat mengenai tarikan, pengangkutan, penginapan, makanan, tapak warisan dan aktiviti yang ditawarkan.

“Pelancong bukan sahaja menilai Sandakan berdasarkan Sepilok atau tarikan alam semula jadinya, tetapi juga keadaan jalan raya, kebersihan, kemudahan awam, restoran, pasar serta kawasan warisan yang mereka lihat ketika memasuki bandar,” katanya.

Sandakan merupakan pintu masuk ke beberapa tarikan ekopelancongan terkenal di pantai timur Sabah, antaranya Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Rainforest Discovery Centre dan kawasan Sungai Kinabatangan.

Selain itu, daerah berkenaan turut menawarkan produk sejarah dan pelancongan komuniti menerusi Taman Peringatan Sandakan serta Kampung Bambangan di Batu Sapi yang mengetengahkan aktiviti menyusuri paya bakau, perikanan dan kehidupan masyarakat setempat sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan Sandakan.

Related Posts

Rampasan Waja, Hilux hampir RM100,000 dalam kes seleweng petrol

PADANG BESAR – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis merampas dua kenderaan bersama kira-kira 300 liter petrol dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM98,097 dalam serbuan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Pasar Malam KL dekatkan bantuan, pembiayaan kerajaan kepada peniaga

KUALA LUMPUR – Bantuan dan kemudahan pembiayaan kerajaan perlu mudah diakses golongan peniaga tanpa mereka perlu melalui proses yang menyusahkan atau bergantung kepada orang tengah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

  • By Fandi
  • September 22, 2026
Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

Rampasan Waja, Hilux hampir RM100,000 dalam kes seleweng petrol

Rampasan Waja, Hilux hampir RM100,000 dalam kes seleweng petrol

Penderhakaan moden UMNO-PN, usaha gulingkan Tuanku Muhriz wajar dikenakan tindakan – Pakar

Penderhakaan moden UMNO-PN, usaha gulingkan Tuanku Muhriz wajar dikenakan tindakan – Pakar

Krisis Negeri Sembilan: Pelanggaran sumpah taat setia kukuhkan asas batal pelantikan Exco – Pakar

Krisis Negeri Sembilan: Pelanggaran sumpah taat setia kukuhkan asas batal pelantikan Exco – Pakar

Fiesta Pasar Malam KL dekatkan bantuan, pembiayaan kerajaan kepada peniaga

Fiesta Pasar Malam KL dekatkan bantuan, pembiayaan kerajaan kepada peniaga

‎Sabah sasar perluas kawasan perlindungan marin lebih dua juta hektar ‎

‎Sabah sasar perluas kawasan perlindungan marin lebih dua juta hektar ‎