R&D Malaysia disasar beralih daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’

KUALA LUMPUR –Malaysia dalam proses beralih daripada pendekatan ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’dalam usaha memperkukuh penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, perbelanjaan R&D Malaysia mencapai kira-kira satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau hampir RM20 bilion, tetapi cabaran lebih utama adalah menjadikan penyelidikan kepada hasil komersial.

“Isunya bukan hanya jumlah R&D tetapi sama ada ia membawa kepada pemerolehan nilai di negara ini, termasuk pemilikan harta intelek dan keupayaan syarikat tempatan untuk bersaing pada peringkat global.

“Apa yang kami (kerajaan) mahu lakukan sebenarnya adalah memastikan bahawa kita menyediakan pasaran modal yang dapat membantu menyokong pembangunan syarikat tempatan dari semasa ke semasa dengan menyediakan modal,” katanya pada sesi panel di Sidang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi Universiti (URIIS) 2026 hari ini.

Bagaimanapun, katanya jurangnya terletak pada keupayaan penyelidik dan institusi untuk membawa inovasi ke pasaran.

“Kadangkala produk itu mungkin amat baik tetapi jika anda tidak tahu cara untuk meletakkan produk tersebut dalam pasaran dan menjualnya, pelabur tidak akan berminat untuk melabur,” katanya.

Amir Hamzah berkata universiti juga mempunyai peranan penting untuk dimainkan dengan beralih kepada penyelidikan gunaan dan memperkukuh kerjasama dengan industri, selain terus membina pengetahuan asas melalui penyelidikan asas.

  • Related Posts

    Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

    PUTRAJAYA – Pasaran buruh Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan jumlah penerima gaji dan upah bulanan meningkat kepada 12.01 juta orang pada 2025 berbanding 11.96 juta orang pada 2024. Menurut…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

    KUALA LUMPUR – Transaksi Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) yang kini banyak digunakan bagi perbelanjaan kecil, bukan lagi tertumpu pembelian barangan bernilai tinggi membuktikan kemudahan itu menjadi pilihan pengguna untuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Perwakilan Sabah, Sarawak di Dewan Rakyat dicadang 35 peratus

    • By Ezmie
    • September 22, 2026
    Perwakilan Sabah, Sarawak di Dewan Rakyat dicadang 35 peratus

    DUN Melaka bubar 23 September, buka laluan PRN

    DUN Melaka bubar 23 September, buka laluan PRN

    R&D Malaysia disasar beralih daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’

    R&D Malaysia disasar beralih daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’

    Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

    • By Fandi
    • September 22, 2026
    Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

    Rampasan Waja, Hilux hampir RM100,000 dalam kes seleweng petrol

    Rampasan Waja, Hilux hampir RM100,000 dalam kes seleweng petrol

    Penderhakaan moden UMNO-PN, usaha gulingkan Tuanku Muhriz wajar dikenakan tindakan – Pakar

    Penderhakaan moden UMNO-PN, usaha gulingkan Tuanku Muhriz wajar dikenakan tindakan – Pakar