Rampasan Waja, Hilux hampir RM100,000 dalam kes seleweng petrol

PADANG BESAR – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis merampas dua kenderaan bersama kira-kira 300 liter petrol dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM98,097 dalam serbuan di Kampung Titi Tinggi Ulu, di sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam itu, seorang wanita tempatan berusia lingkungan 40-an dan lelaki warga Thailand lingkungan 30-an turut ditahan.

Pengarah KPDN Perlis, Rohaida Hassan berkata, operasi melibatkan lapan anggota penguat kuasa itu dijalankan di sebuah rumah tanpa nombor selepas risikan selama seminggu.

Katanya, ketika serbuan, anggota penguat kuasa mendapati berlaku pemindahan petrol daripada sebuah Proton Waja bernombor pendaftaran tempatan ke sebuah Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand.

“Pemeriksaan lanjut mendapati Proton Waja itu mempunyai tangki yang disyaki diubah suai di bahagian belakang.

“Toyota Hilux berkenaan pula mempunyai pengubahsuaian tangki di bahagian bawah kenderaan,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 300 liter petrol bernilai RM597 disita, manakala nilai keseluruhan rampasan termasuk kedua-dua kenderaan dianggarkan RM98,097.

Katanya, KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam penyelewengan barang kawalan termasuk petrol bersubsidi.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi memastikan bekalan barang kawalan untuk rakyat Malaysia tidak diselewengkan.

Rohaida berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Related Posts

Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

SANDAKAN – Potensi Sandakan sebagai antara destinasi pelancongan utama di Sabah perlu dibangunkan secara lebih serius dan bersepadu, merangkumi aspek promosi, infrastruktur, kemudahan awam serta jaringan penerbangan. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Pasar Malam KL dekatkan bantuan, pembiayaan kerajaan kepada peniaga

KUALA LUMPUR – Bantuan dan kemudahan pembiayaan kerajaan perlu mudah diakses golongan peniaga tanpa mereka perlu melalui proses yang menyusahkan atau bergantung kepada orang tengah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

  • By Fandi
  • September 22, 2026
Sandakan perlu dibangun sebagai destinasi, bukan sekadar persinggahan

Rampasan Waja, Hilux hampir RM100,000 dalam kes seleweng petrol

Rampasan Waja, Hilux hampir RM100,000 dalam kes seleweng petrol

Penderhakaan moden UMNO-PN, usaha gulingkan Tuanku Muhriz wajar dikenakan tindakan – Pakar

Penderhakaan moden UMNO-PN, usaha gulingkan Tuanku Muhriz wajar dikenakan tindakan – Pakar

Krisis Negeri Sembilan: Pelanggaran sumpah taat setia kukuhkan asas batal pelantikan Exco – Pakar

Krisis Negeri Sembilan: Pelanggaran sumpah taat setia kukuhkan asas batal pelantikan Exco – Pakar

Fiesta Pasar Malam KL dekatkan bantuan, pembiayaan kerajaan kepada peniaga

Fiesta Pasar Malam KL dekatkan bantuan, pembiayaan kerajaan kepada peniaga

‎Sabah sasar perluas kawasan perlindungan marin lebih dua juta hektar ‎

‎Sabah sasar perluas kawasan perlindungan marin lebih dua juta hektar ‎