105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

BENTONG – Seramai 105 mangsa termasuk 34 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat di Kampung Janda Baik, petang semalam.

Paras Sungai Cheringin naik mendadak kira-kira jam 6 petang, menyebabkan air deras dan keruh melimpah ke kawasan penempatan serta menenggelamkan 34 rumah.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bentong, Leftenan Azizah Husain berkata, hujan lebat bermula sejak jam 3 petang menyebabkan sungai berkenaan melimpah ke kawasan penempatan rendah, dengan mangsa dipindahkan secara berperingkat.

“Air banjir sudah surut. Sebahagian mangsa sudah pulang untuk membersihkan rumah masing-masing hari ini.

“Mereka akan terus berada di PPS sehingga keadaan benar-benar selamat sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya hari ini.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengusaha Resort Janda Baik memberitahu Berita Harian, kira-kira empat resort di sepanjang sungai turut mengalami kerosakan akibat banjir kilat berkenaan.

Katanya, kejadian itu tidak menjejaskan tetamu resort kerana mereka sudah mendaftar keluar sebelum air memasuki kawasan premis.

“Ini banjir kilat kedua dalam tempoh lima tahun. Kejadian sebelum ini berlaku pada 2022 membabitkan Sungai Benus di penempatan ini,” katanya.

Related Posts

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengarahkan pemeriksaan segera terhadap sebuah pusat peranginan di Semporna, susulan kejadian seorang pelancong wanita warga China dipercayai diceroboh dan dicabul di bilik penginapannya. Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

KOTA KINABALU – Kerajaan sedang merangka langkah menaik taraf institusi politeknik termasuk memperkukuh kurikulum serta mencadangkan pewujudan akta baharu bagi memastikan pendidikan politeknik terus berkembang sejajar keperluan semasa. Menteri Pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029