Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

LUMUT – Cubaan membawa masuk 36 warga Indonesia termasuk dua wanita hamil dan tiga kanak-kanak melalui laluan laut tidak sah terbongkar selepas sebuah vesel kayu tanpa nombor pendaftaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), pada Jumaat.

Vesel yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu dipintas sekitar jam 9.30 pagi pada kedudukan kira-kira 9.4 batu nautika barat daya muara Sungai Belukang, Perak.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, tindakan itu dilakukan susulan risikan dan intipan terhadap kegiatan jenayah di perairan negeri berkenaan.

Menurutnya, aset Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terlebih dahulu diletakkan dalam keadaan bersiap sedia sebelum pasukan operasi digerakkan ke lokasi bagi mengekang kegiatan yang disyaki melibatkan penyeludupan PATI.

“IPMN Perak kemudiannya mengatur gerak pasukan operasi ke sekitar lokasi dan mengesan sebuah vesel yang disyaki merupakan vesel nelayan tradisional Indonesia sebelum berjaya dipintas untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel terbabit membawa 36 individu, terdiri daripada tiga kru termasuk tekong dan 33 penumpang, yang kesemuanya warga Indonesia berusia antara dua hingga 57 tahun.

“Daripada jumlah itu, dua adalah wanita hamil manakala tiga lagi kanak-kanak, masing-masing seorang lelaki dan dua perempuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan beberapa pasport, kad pengenalan Indonesia serta beg pakaian yang dipercayai milik semua individu berkenaan.

Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak menggunakan laluan keluar atau masuk yang sah ke Malaysia.

Ujar Mohamad Shukri, kes turut disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Kesemua tahanan bersama vesel berkenaan kemudian dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi menjalani proses siasatan dan tindakan lanjut mengikut undang-undang.

“Maritim Malaysia memandang serius sebarang cubaan menggunakan laluan laut yang tidak diwartakan untuk keluar atau masuk negara, lebih-lebih lagi membabitkan vesel tanpa nombor pendaftaran,” katanya.

Tambah beliau, agensi itu turut memberi peringatan bahawa pergerakan melalui laluan tidak diwartakan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada individu yang terlibat kerana perjalanan dilakukan tanpa mematuhi peraturan serta aspek keselamatan maritim.

“Maritim Negeri Perak akan terus mempertingkatkan rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan di perairan negara bagi mengekang kegiatan rentas sempadan yang menyalahi undang-undang, termasuk penyeludupan migran dan pergerakan individu melalui laluan tidak sah,” ujarnya.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Hasrat baiki telefon bertukar tragedi, wanita dakwa dirogol ‘barber’

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Hasrat baiki telefon bertukar tragedi, wanita dakwa dirogol ‘barber’