Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan menghormati keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, kerajaan melalui Peguam Negara telah memberikan input dan pandangan sebelum keputusan berkenaan dibuat.

“Ya, kita sedia maklum bahawa pengampunan ini di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Pihak kerajaan melalui Peguam Negara telah memberi input dan pandangan.

“Pihak kerajaan dan ini diambil kira, cuma mungkin ada faktor-faktor lain yang menyebabkan keputusan dibuat untuk memberi pengampunan bersyarat.

“Jadi kita hormati, ini hak Perlembagaan, ini adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya ketika ditemui wartawan TMP di sini, pada Sabtu.

Menurut Mustapha, keputusan berkenaan tidak akan menjejaskan usaha reformasi Kerajaan MADANI, khususnya dalam membanteras rasuah, manakala kes lain yang masih berjalan perlu melalui proses undang-undang sewajarnya.

“Yang penting sekarang ini, kita bukan merelakan apa-apa pun. Kita tidak akan menjejaskan usaha reformasi Kerajaan MADANI untuk membanteras rasuah. Itu kita akan teruskan.

“Tetapi kita kena akur juga dengan Perlembagaan yang mengatakan bahawa ada ruang-ruang untuk pengampunan, tahanan rumah dan yang berkaitan dengannya.

“Jadi kita harap semua bertenang dan kita teruskan. Yang penting kestabilan politik di negara ini,” tegasnya.

Tambah Mustapha, tumpuan kerajaan perlu diteruskan kepada agenda memperkukuh ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk menambah baik kemudahan infrastruktur.

“Kita meneruskan agenda untuk memperkasakan ekonomi negara dan akhirnya yang penting adalah rakyat.

“Rakyat kita kena jaga, infrastruktur rakyat kita kena perbaiki dan mereka dapat merasai kehadiran kita dalam masyarakat. Ini perlu dirasai oleh mereka,” katanya.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkannya menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat ditetapkan.

Menurut BHEUU, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara.

Related Posts

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menolak gesaan supaya Parlimen dibubarkan susulan tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dengan menegaskan kestabilan kerajaan bergantung kepada mandat dan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung