Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

PETALING JAYA – Subsidi input pertanian terutama baja dan racun terus kepada pesawah melalui MyKad seperti meka­nisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA) lebih berkesan dalam aspek tadbir urus agihan bantuan.

Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin berkata, kaedah itu juga dapat memastikan agihan secara terus sekali gus mengurangkan risiko ketirisan dana terutamanya kepada orang tengah yang berada dalam rantaian agihan.

Beliau berkata, agihan secara terus membolehkan bantuan yang diterima lebih cepat dan efektif berbanding melalui rantaian yang panjang.

“Pihak kerajaan dapat mempunyai akses kepada data real-time (masa nyata) mengenai pesawah dan tidak bergantung untuk memberikan subsidi secara pukal (blanket) yang tidak efektif.

“Manipulasi harga input pertanian juga dapat dikurangkan berikutan subsidi secara terus kepada pesawah yang membolehkan pesawah memilih pembekal yang menjual bekalan input pertanian yang lebih kompetitif dari sudut harga dan kualiti,” katanya.

Beliau mengulas permintaan pesawah di kawa­san Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) agar kerajaan menyalurkan subsidi input pertanian terutama baja dan racun terus kepada mereka melalui MyKad seperti SARA.

Kaedah itu diyakini mampu mengatasi masalah kelewatan dan kualiti bekalan yang menghantui pesawah pada setiap musim, selain sudah terbukti berkesan daripada sebarang ketirisan.

Melalui MyKad, pesawah hanya boleh membeli barang­an yang ditetapkan sahaja dan tidak boleh ditukar kepada tunai atau barang lain.

Muhammad Iqmal Hisham berkata, melalui mekanisme itu, kerajaan akan dapat mengurangkan campur tangan dalam harga barangan pasaran khususnya input pertanian dalam hal berkenaan dan memberi ruang kepada pasaran untuk berkembang berasaskan penawaran dan permintaan.

Related Posts

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan identiti rasmi pejabat berkenaan. PMO dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah