Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

KOTA BHARU – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak perempuannya yang berusia 5 tahun dengan menyepak mangsa di sebuah restoran minggu lalu.

Tertuduh, Mohamed Nisa Mohamed Nasir, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Kejadian didakwa berlaku di Restoran Baan Suwarin, Batu 2, Jalan Kuala Krai di sini pada 11 September lalu, kira-kira jam 10.55 malam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin, manakala tertuduh diwakili peguam, Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

Terdahulu, Syazalia tidak mencadangkan jaminan diberikan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan membabitkan kanak-kanak selain terdapat kebarangkalian tinggi tertuduh berhubung dengan mangsa.

Bagaimanapun, Zuhaidie Akmal memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan rendah dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga yang menyara isteri serta tiga anak.

Menurutnya, isteri tertuduh tidak bekerja dan merupakan pesakit buah pinggang tahap lima yang memerlukan rawatan hemodialisis dua hingga tiga kali seminggu di hospital.

“Tertuduh juga bukan pendera atau melakukan keganasan rumah tangga. Anak yang dikatakan mangsa dalam kejadian itu juga hadir ke mahkamah hari ini,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan syarat tidak mengganggu mana-mana saksi, khususnya mangsa, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Sebelum ini, tular video memaparkan seorang lelaki bertindak kasar dengan menyepak seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah restoran masakan ala Thailand di Telipot di sini.

Video berkenaan dimuat naik oleh pemilik premis menerusi akaun Facebook sebelum tersebar luas di media sosial.

Foto: Astro Awani

Related Posts

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM4.89 juta di Sungai (Sg) Seguntur, di sini pada Selasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah