Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang penghujung tahun ini.

MADA memaklumkan jumlah keseluruhan takungan air di Empangan Pedu, Muda dan Ahning kini sebanyak 437,405 ekar kaki, sekali gus berada pada paras yang terhad.

Mengikut pecahan, Empangan Pedu mencatat 323,700 ekar kaki (36.99 peratus), diikuti Empangan Ahning sebanyak 98,855 ekar kaki (44.33 peratus) dan Empangan Muda 14,850 ekar kaki (11.88 peratus).

MADA berkata, dengan kedudukan takungan yang terhad, status pengairan penanaman padi musim ini akan bergantung sepenuhnya kepada keberkesanan turunan air hujan.

“Keadaan itu dijangka menjadi lebih mencabar susulan unjuran MetMalaysia menunjukkan kebarangkalian fenomena El Nino meningkat sehingga 96 peratus menjelang penghujung 2026 dan berpotensi berkembang ke tahap lebih kuat.

“Keadaan cuaca panas dan kering serta risiko defisit hujan berpotensi memberi cabaran besar terhadap ketersediaan sumber air dan aktiviti penanaman padi di Kawasan Muda,” katanya.

Susulan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Bekalan Air dan Penanaman Padi (MJBAPP) MADA pada 14 September lalu memutuskan jadual penanaman Musim 2/2026 bagi kawasan seluas 99,489 hektar ditetapkan bermula 23 September hingga 4 November untuk Fasa 1 bagi kerja-kerja menabur benih.

“Tarikh menabur bagi Fasa II dari 3 Oktober hingga 14 November, manakala Fasa III dari 13 Oktober hingga 24 November. Oleh itu peladang diminta mematuhi jadual penanaman dan mengelak pembaziran air bagi memastikan pengeluaran beras negara terus terjamin.

“Penggunaan air secara berhemah susulan risiko El Nino dan kebergantungan tinggi terhadap taburan hujan memerlukan penggunaan pembekalan yang optimum,” katanya.

Pada masa sama, MADA juga akan menyokong keperluan pengairan di kawasan terjejas melalui pengoperasian maksimum pam guna semula air saliran serta pam bergerak di lapangan.

Sementara itu, penanaman padi bagi Musim 1/2026 bagi keseluruhan 100,641 hektar kini berada di fasa akhir berbunga dan menuai dengan peringkat pratepuan telah mencapai kadar 100 peratus, penyediaan tanah (99 peratus), peringkat tanam (98.4 peratus) dan kadar tuai (9.3 peratus).

Related Posts

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM4.89 juta di Sungai (Sg) Seguntur, di sini pada Selasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari