EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai semua ahli MMK dalam mesyuarat pada Selasa lalu, sebelum Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) diarahkan meneruskan proses pewartaan mengikut peraturan sedia ada.

“Pada hari ini, saya ingin mengesahkan bahawa proklamasi memang sudah dibincangkan dan diputuskan oleh semua ahli EXCO secara sebulat suara pada mesyuarat MMK pada Selasa lalu.

“Proses pewartaan sudah pun kita minta untuk Setiausaha Kerajaan Negeri teruskan mengikut peraturan sedia ada. Itu saja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pengesahan itu menyusuli kenyataan yang disiarkan beberapa portal semalam atas nama Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung pelaksanaan proklamasi pemilihan Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Kenyataan itu memaklumkan proklamasi pemilihan Tuanku Nadzaruddin mengikut Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 bertarikh 19 April 2026, sudah ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah serta berkuat kuasa.

Menurut kenyataan itu, proklamasi berkenaan adalah teratur dan sempurna mengikut UUTKNS 1959, selain menghormati ketetapan serta prerogatif kuasa Undang Yang Empat sebagaimana termaktub dalam adat dan undang-undang tubuh negeri.

Kenyataan itu turut memaklumkan Tuanku Muhriz telah diturunkan takhta oleh Undang Yang Empat, manakala Tuanku Nadzaruddin dipilih dan diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Pentadbiran Kerajaan Negeri juga diminta mengambil tindakan segera bagi melaksanakan pengumuman berkenaan susulan ketetapan Undang Yang Empat.

Related Posts

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM4.89 juta di Sungai (Sg) Seguntur, di sini pada Selasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari