DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) menegaskan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kekal sah, sekali gus menolak keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang didakwa mengiktiraf pemerintah baharu.

Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin berkata, pendirian itu selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

“Dewan (DKU) menegaskan semula Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan Yang di-Pertua Dewan. Tiada kekosongan jawatan dan tiada pengganti selagi jawatan itu dipegang secara sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, DKU turut mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, bertarikh 15 September lalu yang menegaskan bahawa Menteri Besar tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.

Katanya, keabsahan serta kesan proklamasi berkenaan perlu ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, termasuk melalui penentuan kehakiman.

“Pendirian ini selaras dengan UUTKNS 1959 dan ketetapan DKU,” katanya.

Raja Norazli berkata, berdasarkan Perkara 16 UUTKNS 1959, persoalan berkaitan adat Melayu termasuk pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan jawatan Yang di-Pertuan Besar serta Undang adalah dalam bidang kuasa DKU.

“Menurut Perkara 16 (3) UUTKNS 1959, nasihat DKU mengenai persoalan sedemikian adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

“MMK dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa menentukan keabsahan proklamasi itu atau kedudukan Yang di-Pertuan Besar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan dokumen bertajuk ‘Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Bil 6 Tahun 2026’ bertarikh 16 September lalu tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang, setakat mana ia bertujuan mengesahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz, mengiktiraf pemilihan Yang di-Pertuan Besar baharu serta mengarahkan pelaksanaannya serta-merta.

Katanya, dokumen berkenaan menyentuh perkara di luar bidang kuasa MMK dan bertentangan dengan ketetapan DKU yang mengikat.

“Dengan itu, ia tidak berperlembagaan, tidak sah dan tidak mempunyai apa-apa kesan,” katanya.

Raja Norazli berkata, DKU turut menegaskan semula pendiriannya bahawa proklamasi bertarikh 19 April 2026 adalah cacat dan terbatal.

Related Posts

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM4.89 juta di Sungai (Sg) Seguntur, di sini pada Selasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari