MB tiada kuasa sendirian tamatkan jawatan Yang di-Pertuan Besar – MB

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim, menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata, kedudukan serta proses berkaitan Yang di-Pertuan Besar adalah perkara yang diperuntukkan secara khusus dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Katanya, isu berhubung Surat Cara Proklamasi yang didakwa memberi kesan terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar perlu dilihat berdasarkan UUTKNS 1959 dan prinsip Raja Berperlembagaan, bukannya sebagai persoalan politik atau peribadi.

“YAB Menteri Besar tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.

“Kedudukan dan proses yang berkaitan dengan Yang di-Pertuan Besar adalah perkara yang diperuntukkan secara khusus oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan bagi pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMK), hari ini.

Ismail berkata, sesuatu Proklamasi juga tidak dengan sendirinya mewujudkan kuasa perlembagaan kerana persoalan utama yang perlu ditentukan adalah sumber kuasa bagi Proklamasi berkenaan, termasuk syarat dan prosedur yang ditetapkan UUTKNS 1959.

Dalam konteks Perkara 10 UUTKNS 1959, katanya, peruntukan berkenaan menetapkan kerangka khusus berkaitan tindakan terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar, termasuk keperluan berhubung proses dan Proklamasi.

Beliau berkata, penglibatan Menteri Besar dalam proses yang ditetapkan UUTKNS 1959 tidak bermaksud beliau mempunyai kuasa untuk menentukan sendiri kedudukan Yang di-Pertuan Besar.

“Sebaliknya, apabila Perlembagaan menetapkan peranan atau tindakan tertentu kepada Menteri Besar, peranan tersebut hendaklah dilaksanakan dalam batas dan menurut kehendak UUTKNS 1959,” katanya.

Menurutnya, isu berkenaan bukan mengenai siapa mempunyai kuasa politik lebih besar, sebaliknya dalam sistem Raja Berperlembagaan, setiap kuasa mesti bersumberkan Perlembagaan dan undang-undang.

Katanya, Institusi Diraja, Undang Yang Empat, Menteri Besar dan Kerajaan Negeri masing-masing mempunyai kedudukan serta fungsi yang ditentukan UUTKNS 1959.

“Isu utama ialah kesahan dan kesan undang-undang Proklamasi tersebut.

“Maka, isu yang wajar ditentukan ialah isu sumber kuasa perlembagaan bagi Proklamasi tersebut; isu syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh UUTKNS 1959, dan adakah kesemua syarat serta prosedur tersebut telah dipatuhi sehingga Proklamasi tersebut mempunyai kesan undang-undang seperti yang didakwa,” katanya.

Ismail berkata, persoalan sebesar itu hendaklah diselesaikan melalui proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, termasuk melalui penentuan kehakiman sekiranya timbul pertikaian undang-undang.

Beliau pada masa sama menegaskan bahawa Menteri Besar menghormati sepenuhnya Institusi Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan UUTKNS 1959.

“Apa yang perlu dipertahankan ialah bukan kepentingan mana-mana individu, tetapi keluhuran Perlembagaan, kepastian undang-undang dan kesinambungan institusi Raja Berperlembagaan.

“Undang-Undang Tubuh mesti menjadi asas. Proses perlembagaan mesti dihormati. Institusi mesti dipelihara,” katanya.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan