Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang menegaskan setiap kepercayaan agama di negara ini mesti dilayan dengan penuh kemuliaan dan rasa hormat bagi memelihara keharmonian Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

Menyuarakan pendirian tegasnya terhadap kenyataan yang merendah-rendahkan institusi agama baru-baru ini, beliau yang juga seorang penganut Katolik sama sekali tidak bersetuju dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap golongan paderi, kehidupan beragama, mahupun kitab suci.

“Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan agama. Oleh itu, setiap kepercayaan mesti dilayan dengan bermaruah dan penuh hormat,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Selasa.

Christopher yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata, pemimpin politik dari Semenanjung Malaysia wajar mengambil iktibar dan belajar daripada toleransi yang diamalkan di Sarawak dan Sabah, di mana masyarakat berlainan agama, bangsa dan budaya mampu hidup bersama dengan harmoni.

Menurutnya, keharmonian agama tidak seharusnya terhenti sekadar pada kata-kata, sebaliknya perlu diterjemahkan menerusi dasar dan tindakan yang nyata.

“Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membuktikan komitmen ini menerusi penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang secara konsisten menyokong pembangunan rumah ibadat bukan Islam serta sekolah-sekolah mubaligh,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar budaya kebencian dan provokasi sentimen kaum serta agama dalam arena politik dihentikan segera.

Tegasnya, amalan politik tidak seharusnya dibina berteraskan penghinaan, penyemaian rasa takut mahupun kebencian.

Jika provokasi seumpama itu dibiarkan berterusan, ujarnya, ia dikhuatiri akan memecahbelahkan perpaduan rakyat dan mencemarkan reputasi Malaysia pada persada antarabangsa.

“Marilah kita bersama-sama menjunjung prinsip Kepercayaan kepada Tuhan serta Kesopanan dan Kesusilaan demi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang aman, bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain,” ujarnya mengakhiri kenyataan tersebut.

Sebelum ini, kontroversi berkaitan isu 3R (agama, bangsa, raja) tercetus apabila Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang juga jurucakap UMNO Selangor, dilaporkan menceritakan sebuah jenaka yang menggunakan watak seorang paderi dan biarawati, serta melibatkan penggunaan surah Mazmur di dalam Bible.

Susulan kelancangan tersebut, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tampil mendesak individu terbabit agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menurut Muhamad Akmal, jenaka yang dikeluarkan itu sama sekali tidak menggambarkan pendirian parti UMNO, sebaliknya ia merupakan pandangan peribadi individu tersebut semata-mata.

“Permohonan maaf wajib dilakukan!” tegasnya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills