Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai

GUA MUSANG – Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan peluasan program Kelas Khas Tahun 11 (K11) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai dan SK Sri Permai bagi membolehkan lebih ramai anak Orang Asli meneruskan pendidikan sehingga Tingkatan Lima tanpa perlu berjauhan daripada keluarga dan komuniti.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kelulusan itu merupakan antara usaha memastikan akses pendidikan yang lebih baik kepada murid di kawasan pedalaman, khususnya komuniti Orang Asli.

Beliau berkata, jarak dan lokasi bukan sepatutnya menjadi penghalang kepada anak-anak di pedalaman untuk mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat menengah.

“Sebab itu saya cukup gembira membawa satu berita baik. SK Bihai dan SK Sri Permai telah diluluskan untuk peluasan K11.

“Insya-Allah, lebih ramai anak Orang Asli boleh terus belajar sehingga Tingkatan Lima lebih dekat dengan keluarga dan komuniti tempat mereka membesar,” katanya menerusi Facebook pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata KPM turut meluluskan peruntukan RM200,000 bagi kerja penyelenggaraan SK Bihai.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) atas sumbangan papan pintar (smart board) serta Yayasan Dunia Niaga (YDN) yang menyumbangkan 30 tablet untuk kegunaan murid di sekolah berkenaan.

Menurut Fadhlina, pembangunan pendidikan di pedalaman bukan sekadar menyediakan kemudahan fizikal, sebaliknya perlu mengambil kira hubungan rapat komuniti Orang Asli dengan alam sekitar.

“Berada di SK Bihai juga mengingatkan saya bahawa tugas kita bukan sekadar membawa lebih banyak kemudahan masuk ke pedalaman.

“Anak-anak ini membesar bersama rimba. Sungai, hutan dan perubahan iklim adalah sebahagian daripada kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata, terdapat pengetahuan yang dikuasai murid Orang Asli bukan semata-mata melalui pembelajaran dalam buku, tetapi turut diperoleh daripada komuniti dan alam sekitar yang menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Sehubungan itu, katanya, pendekatan pedagogi rimba atau naturegogy yang diterapkan di sekolah berkenaan perlu diperkukuh, terutama dalam mendepani kesan perubahan iklim terhadap kehidupan masyarakat Orang Asli.

Fadhlina berkata, perubahan pada hutan, sungai dan iklim memberi kesan langsung kepada komuniti yang kehidupannya begitu dekat dengan alam sekitar.

“Saya mahu anak-anak SK Bihai belajar setinggi-tingginya. Kenal dunia seluas-luasnya. Pergi sejauh mana pun cita-cita membawa mereka.

“Dan apabila mereka sampai ke puncak kejayaan nanti, biarlah mereka masih tahu jalan pulang ke rimba yang membesarkan mereka,” katanya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan