Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah pembinaan setiap unit Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di negeri ini perlu dilaksanakan dengan mengutamakan kualiti dan tidak boleh dilakukan sambil lewa.

Baginda bertitah, kediaman tersebut merupakan ‘syurga’ dan tempat perlindungan bagi keluarga penerima, justeru aspek pembinaan perlu diberi perhatian serius walaupun kosnya rendah.

“Kita nak ada kualiti sikitlah. Jangan buat sambil lewa kerana saya anggap ini ialah ‘syurga’ kepada satu-satu keluarga, di mana sekali pun, selagi di atas bumi Pahang ini,” titah Baginda pada Majlis Pengurniaan Kunci Ru’RASA Fasa 2 Daerah Kuantan dan Jerantut di Tanjung Lumpur, di sini, petang semalam.

Titah itu dikongsi menerusi Facebook Kesultanan Pahang.

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada majlis itu, seramai 11 penerima menerima kunci rumah masing-masing, membabitkan enam dari daerah Kuantan dan lima dari Jerantut.

Dalam titah sama, Baginda turut melarang keras penerima menjual atau menyewakan rumah berkenaan kerana ia dikhaskan untuk manfaat penerima dan waris.

“Janganlah fikir nak menjual atau nak sewa. Sewa pun saya tak bagi. Ini khas untuk awak semua. Kalau Allah dah panggil kita, turun ke anak cucu pula,” tegas Baginda.

Baginda turut mencadangkan kajian dibuat bagi mewujudkan skim insurans berkelompok untuk semua penghuni Ru’RASA bagi melindungi kediaman daripada risiko kebakaran, selain mengarahkan supaya bantuan dan peruntukan tambahan dikaji bagi membantu keluarga penerima yang memerlukan.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan