Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan perubahan kos bahan api dan kadar tukaran asing.

Menurut TNB, AFA diperkenalkan pada 1 Julai 2025 susulan penstrukturan tarif elektrik bagi menggantikan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

TNB berkata, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik sehingga 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan dilindungi sepenuhnya daripada caj AFA, sama ada dalam bentuk rebat atau surcaj.

Golongan itu juga dikecualikan daripada cukai perkhidmatan lapan peratus serta Caj Peruncitan.

“Malah, di bawah tarif baharu ini, kumpulan ini membayar kira-kira dua hingga 14 peratus lebih rendah berbanding tarif sebelum ini, bergantung kepada tahap penggunaan,” menurut kenyataan TNB pada Selasa.

Menurut TNB, apabila kos bahan api global menurun, pengguna akan menerima rebat AFA yang dipulangkan terus melalui bil elektrik.

Sejak pelaksanaan tarif baharu itu, pengguna menikmati rebat AFA selama sembilan bulan berturut-turut dari Ogos 2025 hingga April 2026.

Bagaimanapun, apabila kos bahan api global meningkat, perbezaan kos akan diselaraskan menerusi surcaj AFA, yang hanya mula dikenakan pada Mei 2026 susulan peningkatan kos penjanaan akibat krisis di Asia Barat.

Secara keseluruhan, TNB berkata, pengguna telah menerima manfaat lebih besar melalui mekanisme berkenaan dengan jumlah rebat AFA sebanyak RM3.1 bilion berbanding RM800 juta surcaj yang dikenakan sejak AFA diperkenalkan.

Selain itu, kerajaan turut menyalurkan tambahan RM435 juta melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) bagi mengurangkan kesan surcaj AFA kepada pengguna.

Bagi September 2026, kadar AFA ditetapkan pada +3.67 sen bagi setiap kWj, dengan maklumat berkenaan dikemas kini setiap bulan di portal rasmi TNB selepas mendapat pengesahan Suruhanjaya Tenaga.

TNB turut menjelaskan peningkatan bil elektrik tidak semestinya berpunca daripada AFA semata-mata kerana corak penggunaan elektrik turut dipengaruhi faktor seperti musim perayaan, cuti sekolah dan amalan bekerja dari rumah.

Dalam pada itu, TNB menggalakkan pengguna mengambil langkah menjimatkan tenaga termasuk memantau penggunaan menerusi aplikasi myTNB, khususnya pengguna yang mempunyai meter pintar.

Pengguna turut disaran menetapkan suhu penyaman udara antara 24 hingga 26 darjah Celsius, menggunakan pemasa serta peralatan elektrik berpenarafan empat atau lima bintang.

Selain itu, pengguna boleh mempertimbangkan skim Time of Use (TOU) dengan menggunakan elektrik pada waktu luar puncak, iaitu antara 10 malam hingga 2 petang pada Isnin hingga Jumaat serta sepanjang hari pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

TNB berkata, pengguna juga boleh mempertimbangkan pemasangan solar bumbung menerusi inisiatif Solar ATAP dan SuRIA Home yang menawarkan rebat sehingga RM3,000 bagi sistem 5kWac, dengan tempoh pulangan modal sekitar lapan tahun.

“TNB kekal komited dalam memastikan setiap bil elektrik yang dibayar pengguna mencerminkan kos sebenar.

“AFA bukan mekanisme sehala. Apabila kos menurun, pengguna menikmati rebat, dan apabila kos meningkat, perbezaan kos dikongsi bersama,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun