Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.
‎
‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali gus memaksanya membesar dengan keterbatasan yang tidak dialami kebanyakan kanak-kanak lain.
‎
‎Namun, setelah 15 tahun berlalu, kekurangan itu tidak sedikit pun memadamkan impian gadis berusia 19 tahun dari Kalabakan itu untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
‎
‎Hari ini, Nurhadrieyana boleh tersenyum bangga apabila berjaya bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), universiti yang menjadi pilihannya sejak awal.
‎
‎“Saya rasa teruja dan bangga dapat masuk ke UMS kerana memang dari awal saya mahu belajar di UMS,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Minggu Suai Mesra Sesi 2026/2027 UMS di sini, pada Selasa.

Yakin dengan kemampuan diri
‎
‎Bagi Nurhadrieyana, kehilangan penglihatan sebelah mata bukan alasan untuk melihat dirinya berbeza atau kurang berkemampuan berbanding orang lain.
‎
‎Sebaliknya, keyakinan terhadap kemampuan diri menjadi pegangan yang membantunya meneruskan kehidupan dan pendidikan sehingga berjaya melangkah ke universiti.
‎
‎“Saya perlu yakin dengan diri sendiri dan tidak perlu fikir apa yang orang lain lihat terhadap diri kita.
‎
‎“Perlu ada persekitaran yang menyokong kita di sini,” katanya.
‎
‎Meskipun perjalanan yang dilaluinya mungkin berbeza daripada mahasiswa lain, Nurhadrieyana memilih untuk melihat masa depan berdasarkan apa yang mampu dilakukannya dan bukan kekurangan yang dimiliki.
‎
‎Baginya, sokongan orang sekeliling juga memainkan peranan penting untuk memberikan ruang dan keyakinan kepada individu kurang upaya membuktikan kemampuan masing-masing.

‎‘Jangan takut, kita juga boleh’
‎
‎Pengalaman membesar dengan keterbatasan penglihatan turut membuatkan Nurhadrieyana memahami perasaan golongan orang kurang upaya (OKU) yang mungkin masih takut atau ragu-ragu untuk melangkah keluar daripada zon selesa, termasuk menyambung pengajian.
‎
‎Justeru, dia berharap kisahnya dapat memberikan sedikit keberanian kepada mereka untuk tidak menjadikan kekurangan fizikal sebagai tembok kepada cita-cita.
‎
‎“Jangan takut. Yakin dengan diri sendiri yang kita boleh.
‎
‎“Memang kita berbeza sedikit daripada orang lain, tetapi sebenarnya kita juga boleh jadi seperti mereka,” ujarnya.
‎
‎Buat Nurhadrieyana, kejayaan menjejakkan kaki ke UMS mungkin baru permulaan, namun langkah itu sudah cukup membuktikan keterbatasan penglihatan tidak menentukan sejauh mana seseorang mampu mengejar impiannya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun