Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

​JERTIH – Dua wanita termasuk seorang pelajar universiti disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di kawasan kolam ternakan ikan di Pantai Air Tawar, petang semalam.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim menerusi kenyataan rasmi memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kedua-dua mangsa pada jam 1.40 petang.

​Mangsa dikenal pasti sebagai Wan Adilah Wan Awang, 49, merupakan pemilik kolam ikan dan Rubayyi Razak, 27. Siasatan awal mendapati Rubayyi merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Biodiversiti UiTM Jengka yang sedang menjalani latihan amali di lokasi terbabit sejak 10 Ogos lalu.

​Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang digerakkan ke lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

​“Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat.

​“Punca sebenar insiden masih dalam siasatan dan pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR),”

​Kes berkenaan kini di bawah siasatan lanjut pihak PDRM bagi mengenal pasti punca kebocoran arus elektrik di kawasan kolam berkenaan.

Sumber: ikbm

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills