Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 1,020 peket minyak masak bersubsidi

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup 1,020 peket minyak masak bersubsidi selepas menahan sebuah bot di perairan Sungai Tanjung Batu, awal pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Zon Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus Shaari berkata, bot itu dikesan dalam keadaan mencurigakan pada jam 5 pagi ketika pasukan berkenaan menjalankan rondaan menerusi Op Sejahtera, Op Cegah Pendatang Asing Tanpa Izin (OCP) dan Op Tiris 4.0.

“Bot ronda Maritim Malaysia kemudian memintas bot berkenaan pada kedudukan kira-kira 0.01 batu nautika barat laut Sungai Tanjung Batu.

“Ketika pasukan operasi menghampirinya, seorang lelaki dipercayai tekong bertindak memecut menuju ke sungai sebelum memasuki kawasan bakau.

“Lelaki terbabit kemudian melarikan diri bagi mengelak daripada ditahan,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut Ahmad Firdaus, pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan 60 bungkusan mengandungi minyak masak bersubsidi bersama dua enjin sangkut.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 1,020 paket minyak masak bersubsidi di dalam bungkusan berkenaan.

“Turut ditemukan dua enjin sangkut Yamaha, masing-masing berkuasa 75 dan 85 kuasa kuda.

Jelasnya, bot bersama muatan berkenaan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barangan kawalan tanpa permit atau kebenaran sah.

“Keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai RM60,550 dan dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon (IPMZ) Sandakan sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” kongsinya.

Dalam pada itu, Ahmad Firdaus berkata, cubaan menyeludup barangan dalam kuantiti kecil menunjukkan sindiket terbabit sentiasa mencari peluang untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dan operasi penguatkuasaan tanpa mengira masa bagi membanteras kegiatan penyeludupan serta memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

“Kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyeludupan yang menjejaskan keselamatan negara serta menyebabkan ketirisan barangan kawalan bersubsidi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi IPMZ Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills