Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

BENTONG – Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (S-GLC) Pahang merekodkan prestasi kukuh pada 2025 dengan jumlah aset meningkat kepada RM11.3 bilion, hasil RM2.7 bilion dan keuntungan bersih RM525 juta.

S-GLC turut menyumbang RM153 juta kepada Kerajaan Negeri tahun lalu. Jumlah keseluruhan sumbangan bagi tempoh 2019 hingga 2025 pula mencecah RM709 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu membuktikan peranan penting S-GLC dalam memperkukuh ekonomi negeri.

Namun katanya, kejayaan itu tidak boleh diukur semata-mata melalui angka keuntungan.

“Apa yang lebih penting ialah bagaimana aset dan kekuatan dimiliki dapat diterjemahkan kepada pelaburan berkualiti, peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi serta manfaat lebih besar kepada rakyat Pahang,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan S-GLC Negeri Pahang 2026 di Genting Highlands, semalam.

Persidangan bertemakan ‘Pahang 1st: Memacu Pertumbuhan, Memperkasa Masa Hadapan’ itu menghimpunkan lebih 300 Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan kanan S-GLC serta Ketua Jabatan Negeri.

Menurut Wan Rosdy, Pahang kini mempunyai sembilan syarikat induk S-GLC dan 48 anak syarikat yang mencatatkan perkembangan positif.

Justeru beliau mahu setiap S-GLC memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keupayaan dan meneroka ruang pertumbuhan baharu.

“S-GLC tidak boleh hanya mengejar keuntungan. Ia perlu menjadi instrumen strategik kerajaan negeri dalam merancakkan pembangunan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut menggesa kepimpinan S-GLC berani membuat keputusan demi manfaat jangka panjang.

“Insya-Allah, dengan kesungguhan dan kesepaduan semua pihak, S-GLC akan terus menjadi kekuatan utama dalam membina Pahang yang lebih makmur dan berdaya saing,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills