Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di Dewan Orang Ramai Rapat Setia, di sini pada Ahad.

Pasangan kepada dua anak, Sharrudin Mohd Mansor, 57, dan Sasaliah Md Yusuf, 40, memanjatkan rasa syukur di atas hadiah yang semangnya pengangkutan utama keluarga.

Menurut surirumah tersebut, penantian berbaloi kerana motosikal berkenaan sememangnya diimpikan dalam memudahkan kehidupan harian mereka sekeluarga.

“Penantian kami dari pagi terbalas dengan cabutan bertuah ini.

“Bagi orang lain biasa, tetapi bagi kami sekeluarga, inilah kenderaan utama keluarga kerana kami tidak mempunyai kereta.

“Motosikal yang ada sekarang juga sudah lama. Dengan adanya motosikal baharu ini, kami amat bersyukur dan memang memerlukan.

“Selepas ini, mudah untuk kami gunakan apabila pulang sekeluarga ke kampung saya di Selangor,”katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press (TMP).

Hadiah utama itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali.

PMK anjuran JKOM yang berkonsepkan Memaknai Harapan Rakyat mendapat sambutan menggalakkan apabila dihadiri lebih 3,000 pengunjung.

Pelbagai aktiviti serta program diadakan terus kepada rakyat seperti Jualan RAHMAH, perkhidmatan gunting rambut dan ganti minyak enjin motosikal percuma selain pameran daripada agensi kerajaan.

Related Posts

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KUCHING – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah mengedarkan sebanyak 200 bungkusan barangan penajaan dan bahan promosi Hari Malaysia 2026 kepada orang awam di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

ALOR SETAR – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

  • By Fatin
  • September 13, 2026
Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah