Saya kritik pemimpin, bukan UMNO – Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – “Saya tidak mengkritik UMNO, saya mengkritik pemimpin UMNO.”

Itu penegasan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, susulan persoalan mengenai tindakannya yang lantang mengkritik parti itu selepas mengambil keputusan meninggalkan UMNO.

Puad berkata, beliau masih menganggap UMNO sebagai parti yang relevan bukan sahaja kepada orang Melayu, malah seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, beliau lebih melihat UMNO sebagai parti yang realistik dan berkesan berbanding Pas berdasarkan pengalaman politiknya yang pernah menjadi ahli Pas sebelum menyertai UMNO pada 1988.

“Saya masih menganggap UMNO parti yang relevan bukan saja untuk orang Melayu tetapi juga rakyat Malaysia. Berbanding dengan Pas, pada saya UMNO lebih realistik dan berkesan,” katanya.

Puad berkata, keputusan meninggalkan UMNO bukan bermakna beliau memusuhi parti itu, sebaliknya dibuat selepas merasakan dirinya tidak lagi sesuai dengan pendekatan dan hala tuju politik parti berkenaan.

Katanya, kedudukannya sebagai bekas ahli parti kini memberikannya kebebasan untuk mengkritik tanpa dianggap sebagai tindakan ‘menembak kaki sendiri’.

“Sebagai bukan lagi ahli parti saya lebih bebas mengkritik dari luar. Saya tidak akan dituduh tembak kaki sendiri. Saya bukan musuh dalam selimut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sepanjang 18 tahun menjadi ahli MKT, beliau tidak pernah gagal menyuarakan pandangan dalam mesyuarat selain konsisten mempertahankan UMNO menerusi penulisannya.

“Setiap hari saya menulis mempertahankan parti. Tapi mereka yang bermuka-muka juga disanjung.

“Justeru saya kena sedar diri. Saya menunggu masa yang betul untuk keluar,” katanya.

Puad turut menegaskan beliau tidak menganggap dirinya sebagai pengkhianat hanya kerana mengambil keputusan meninggalkan UMNO, malah menolak dakwaan bahawa tindakan itu bertujuan melemahkan parti.

“Pokoknya saya bukan Tun M yang mahu membunuh UMNO.

“Pengkhianat sebenar UMNO ialah mereka yang berpura-pura, tidak konsisten, terutama pemimpin dayus, dicucuk hidung, ‘play safe’, pilih bulu dan ikut cakap pengampu. Sikap itu yang boleh membunuh UMNO,” katanya.

Beliau berkata, kritikan terhadap parti atau pemimpinnya seharusnya dilihat sebagai ruang untuk melakukan pembaikan dan bukannya alasan untuk bermusuhan.

“Semoga pemimpin UMNO terbuka bila dikritik. Kita berlawan tapi bukan bermusuh,” katanya.

Related Posts

MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri

KUALA LUMPUR – Konsep Malaysia MADANI bukan sekadar slogan atau retorik kerajaan, sebaliknya falsafah pembangunan yang mempunyai asas pemikiran mendalam dan perlu difahami secara menyeluruh oleh semua pihak, kata Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

Oleh: Nehru Sathiamoorthy ULASAN | Tahukah anda apa yang dikatakan Khairy Jamaluddin mengenai ucapan dasar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung parti hari ini? Khairy menyifatkannya sebagai ucapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

  • By Fandi
  • September 12, 2026
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

  • By Fatin
  • September 12, 2026
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri

MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri

Saya kritik pemimpin, bukan UMNO – Puad Zarkashi

Saya kritik pemimpin, bukan UMNO – Puad Zarkashi

MA63 perlu diterjemah kepada kekuatan ekonomi Sabah, bukan sekadar kerusi dan peruntukan

  • By Ezmie
  • September 12, 2026
MA63 perlu diterjemah kepada kekuatan ekonomi Sabah, bukan sekadar kerusi dan peruntukan

‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?