Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

MUKAH – Usaha menyemai semangat kenegaraan serta meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan generasi muda terus diperkasa menerusi penganjuran Program Jiwa @ Komuniti sempena bulan kebangsaan.

Program yang menghimpunkan lebih 100 peserta pada Khamis itu merupakan inisiatif anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Mukah dengan usahasama Sarawak Skills Mukah.

Pegawai Penerangan Daerah Mukah, Khalid Aini menekankan bahawa penghayatan terhadap simbol kedaulatan negara perlu sentiasa dipupuk, khususnya menerusi sokongan padu terhadap kempen “1 Rumah 1 Jalur Gemilang”.

“Penglibatan warga Sarawak Skills Mukah dalam aktiviti kenegaraan amat penting bagi menyemai nilai patriotisme dalam sanubari generasi muda,” katanya.

Selain penekanan terhadap elemen kenegaraan, program berkenaan turut memfokuskan kepada pemerkasaan literasi digital para peserta. 

Pendedahan khusus diberikan berhubung penggunaan aplikasi MCMC Nexus untuk penyaluran aduan telekomunikasi, serta aplikasi eCOSS bagi tujuan pemantauan pembelian minyak masak paket bersubsidi.

Bagi menangani kebimbangan berhubung ancaman siber masa kini, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah turut mengambil inisiatif mengadakan Taklimat Keselamatan dan Jenayah Komersial. 

Taklimat tersebut mendedahkan pelbagai taktik penipuan dalam talian yang semakin berleluasa seperti tawaran pekerjaan palsu dan sindiket keldai akaun.

Pendedahan langkah pencegahan jenayah tersebut disifatkan amat bertepatan dengan situasi semasa memandangkan daerah Mukah telah merekodkan sebanyak 108 kes jenayah komersial yang melibatkan jumlah kerugian mencecah RM1.4 juta.

Majlis tersebut diserikan dengan acara simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada agensi yang terlibat. 

Turut hadir dalam menjayakan program berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias dan Pemangku Pengurus Sarawak Skills Mukah, Emayuhaida Deris.

Related Posts

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

SASARAN Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) gabungan empat negeri SG4 sebanyak RM723.75 bilion menjelang 2050 membawa gambaran besar tentang potensi ekonomi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Namun, angka itu ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khidmat RORO Kuantan-Kuching hanya 43 jam

KUANTAN – Perkhidmatan kapal roll-on/roll-off (RORO) yang menghubungkan Pelabuhan Kuantan ke Kuching, Sarawak menjadi alternatif logistik baharu yang lebih cekap apabila tempoh pelayaran hanya mengambil masa satu hari 19 jam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

  • By Aden
  • October 26, 2026
Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

  • By Ezmie
  • October 26, 2026
Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan