Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

SERUAN satu akaun dipercayai penyokong Pas supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijatuhkan bagi memberi laluan kepada Pas supaya Malaysia akhirnya mempunyai pemerintah Islam yang pertama mengundang kecaman pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian laman Threads Pejuang Pas Kelantan, akaun itu mengajak penyokong bersatu menjatuhkan Perdana Menteri dan mengangkat pemimpin Pas sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Namun apa yang mengundang kecaman ramai apabila akaun itu seolah-olah menggambarkan Perdana Menteri ketika ini bukanlah orang Islam.

Hantaran berkenaan menjadi tular selepas beberapa pengguna media sosial memuat naik tangkap layar hantaran tersebut, sekali gus memperluas perdebatan mengenai penggunaan agama dalam persaingan politik.

Seorang pengguna Threads, @nomorepain.00, mempersoalkan hantaran berkenaan dengan mengingatkan bahawa Malaysia sudah mempunyai 10 Perdana Menteri sebelum ini yang semuanya orang Islam

“Tak, selama ni 10 perdana menteri kita kafir ke?” soalnya.

Pengguna lain membalas sinis; “Islam, tapi bukan Islam Pas.”

Seorang lagi pengguna, @faraienn, turut mempersoalkan kecenderungan mengangkat isu agama dalam persaingan politik, sedangkan perbincangan mengenai kemajuan negara juga perlu diberi perhatian.

“Tak habis habis ayat nak menjatuhkan orang. Cuba lah bagi idea majukan negara ke apa ke. Next PM next PM, habis PM sekarang ni non muslim ke? Islam tengah tergugat ke?” soalnya.

Reaksi orang ramai mencerminkan bantahan terhadap pendekatan politik yang menggunakan identiti parti sebagai ukuran utama dalam menentukan kedudukan seseorang dalam kalangan umat Islam.

Malah, seorang pengguna lain turut menyindir hasrat Pas untuk memerintah negara dengan membangkitkan isu yang masih membelenggu Kelantan.

“Tengok Kelantan dengan air karatnya belum selesai lagi. Ada hati nak perintah negara,” tulis @kee4riz.

Dalam pada itu, seorang pengguna yang menggunakan nama @nadira_hnmr_official turut menyuarakan rasa tidak senang terhadap pendekatan politik yang mengaitkan perbezaan sokongan parti dengan kedudukan seseorang sebagai Muslim.

“Sebab ini aku tak support Pas. Suka hati nak cakap orang yang tak sama parti dengan dia tu bukan Islam.”

Pun begitu hantaran tersebut telah pun dipadam dengan laman Threads Pejuang Pas Kelantan tidak lagi dapat ditemukan ketika semakan dibuat.

Related Posts

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

SASARAN Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) gabungan empat negeri SG4 sebanyak RM723.75 bilion menjelang 2050 membawa gambaran besar tentang potensi ekonomi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Namun, angka itu ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

PERIKATAN Nasional (PN) dilaporkan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu atas alasan parti itu bertindak bertentangan dengan kepentingan gabungan itu. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar Ahli Majlis Tertinggi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

  • By Aden
  • October 26, 2026
Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

  • By Ezmie
  • October 26, 2026
Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan