Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

PERIKATAN Nasional (PN) dilaporkan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu atas alasan parti itu bertindak bertentangan dengan kepentingan gabungan itu.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar Ahli Majlis Tertinggi yang dipengerusikan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar malam tadi.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata, tindakan diambil berdasarkan Fasal 15 perlembagaan gabungan itu.

Buat masa ini, gabungan itu sedang memperincikan beberapa tindakan Bersatu yang didakwa bercanggah dengan kepentingan PN sebelum memuktamadkan pertuduhan.

“PN akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam satu prosiding tata tertib dan pertuduhan-pertuduhan yang dibuat akan didraf kepada Bersatu.

“Mereka sudah tentulah akan diberikan masa, tempoh masa yang mencukupi untuk menjawab pertuduhan-pertuduhan tersebut,” katanya dalam sidang media semalam selepas mesyuarat itu yang tidak dihadiri Bersatu.

Menurutnya, mengikut fasal itu, tindakan yang boleh dikenakan termasuklah amaran, penggantungan atau pemecatan, bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Katanya, antara contoh perkara yang bercanggah dengan kepentingan PN dilakukan Bersatu adalah bertanding menentang calon gabungan itu seperti yang berlaku dalam PRN Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan berasingan, Takiyuddin berkata PN akan menggunakan logo gabungan itu pada PRN Melaka bulan depan.

Related Posts

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

SASARAN Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) gabungan empat negeri SG4 sebanyak RM723.75 bilion menjelang 2050 membawa gambaran besar tentang potensi ekonomi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Namun, angka itu ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

SERUAN satu akaun dipercayai penyokong Pas supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijatuhkan bagi memberi laluan kepada Pas supaya Malaysia akhirnya mempunyai pemerintah Islam yang pertama mengundang kecaman pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

  • By Aden
  • October 26, 2026
Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

  • By Ezmie
  • October 26, 2026
Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan