Khidmat RORO Kuantan-Kuching hanya 43 jam

KUANTAN – Perkhidmatan kapal roll-on/roll-off (RORO) yang menghubungkan Pelabuhan Kuantan ke Kuching, Sarawak menjadi alternatif logistik baharu yang lebih cekap apabila tempoh pelayaran hanya mengambil masa satu hari 19 jam.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, perkhidmatan yang dikendalikan Konsortium Perkapalan Timur menerusi kapal R.O. Queen itu mampu menjimatkan masa dan kos logistik dengan ketara.

Menurutnya, sebelum ini pengeksport kenderaan dari kilang DRB-Hicom di Pekan terpaksa menghantar kenderaan menggunakan lori ke Pelabuhan Klang sebelum dibawa dengan kapal ke Sabah dan Sarawak, yang memakan masa antara empat hingga enam hari.

“Penghantaran pertama melibatkan 17 kenderaan dan minggu ini saya difahamkan sebanyak 300 kenderaan dijadualkan dihantar ke Kuching menerusi perkhidmatan berkenaan.

“Kalau sebelum ini proses itu akan mengambil masa antara empat hingga enam hari, tetapi dengan perkhidmatan ini tempoh pelayaran hanya satu hari 19 jam,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Hari Eksport Negeri Pahang anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Abu Bakar Yusof dan Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.

Mengulas lanjut, Mohamad Nizar berkata, perkhidmatan RORO itu perlu diperluas kepada penghantaran kontena bagi menggalakkan lebih banyak perniagaan tempatan memanfaatkan kemudahan di Pelabuhan Kuantan.

Katanya, masih terdapat syarikat yang berpangkalan di Kuantan dan Pekan yang menggunakan Pelabuhan Klang untuk urusan eksport, sedangkan Pelabuhan Kuantan mempunyai kapasiti dan fasiliti yang mencukupi.

“Pokok pangkalnya kita ada satu pelabuhan yang besar yang kita boleh guna pakai, dan pelabuhan itu berada di Kuantan, dalam negeri Pahang. Kenapa tidak kita gunakan sebaik-baiknya kemudahan logistik yang kita ada?” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri berhasrat memperkukuh kerjasama perdagangan dua hala dengan Sarawak dan meneroka peluang memperluas perkhidmatan perkapalan berkenaan ke Sabah.

Menurutnya, Pahang berpotensi mengeksport produk tempatan seperti ikan patin dan sambal hitam retort ke Sarawak, manakala produk Sarawak seperti ikan terubuk masin boleh dipasarkan di Pahang.

“Kita berharap kerjasama ini dapat direalisasikan dan diperluas daripada perkhidmatan RORO kepada penghantaran kontena,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Nizar memaklumkan kerajaan negeri turut merancang pembangunan taman industri halal seluas sehingga 700 ekar di Gebeng, berhampiran Pelabuhan Kuantan.

Katanya, pembangunan tersebut masih memerlukan kemudahan infrastruktur asas termasuk jaringan pengangkutan, telekomunikasi dan penyimpanan rantaian sejuk bagi menarik pelabur.

“Skop industri halal bukan sahaja melibatkan pembuatan makanan, malah merangkumi bahan ramuan, kosmetik dan peralatan. Kita sedang memohon kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian dana bagi pembangunan infrastruktur dan pada masa sama masih terbuka sekiranya ada pihak luar yang ingin melabur di situ,” katanya.

Related Posts

30 penjaja Perlis terima faedah Perkeso lebih RM60,000

KANGAR – Seramai 30 penjaja di Perlis menerima bayaran faedah berjumlah RM60,684 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga September lalu. Jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan RM1.3 juta faedah yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sri Aman bakal jadi tumpuan 100,000 pengunjung sempena SKS 2026

SRI AMAN – Bahagian Sri Aman bakal menjadi tumpuan menerusi penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Zon Selatan yang menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari bermula 30 Oktober hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

  • By Ezmie
  • October 26, 2026
Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Khidmat RORO Kuantan-Kuching hanya 43 jam

Khidmat RORO Kuantan-Kuching hanya 43 jam

Krisis MCA-BN buka ruang PH tonjol kekuatan politik majmuk – Penganalisis

Krisis MCA-BN buka ruang PH tonjol kekuatan politik majmuk – Penganalisis

30 penjaja Perlis terima faedah Perkeso lebih RM60,000

30 penjaja Perlis terima faedah Perkeso lebih RM60,000

Sri Aman bakal jadi tumpuan 100,000 pengunjung sempena SKS 2026

Sri Aman bakal jadi tumpuan 100,000 pengunjung sempena SKS 2026