Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

BAGAN SERAI – Kegiatan Geng Man Kuda yang dipercayai bergiat aktif dalam kes samun dan curi kenderaan di tiga negeri sejak Jun lalu tumpas selepas polis menahan empat individu serta merampas enam kenderaan curi dalam Op Lejang, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, operasi pada 30 Ogos lalu itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menerusi beberapa siri serbuan di Taiping, Perak dan Kulim, Kedah.

Beliau berkata, empat suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 24 hingga 49 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.

“Kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam sidang media di IPD Kerian, di sini, pada Selasa.

Hasil risikan dan siasatan, kumpulan terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan 14 kes jenayah, membabitkan sembilan kes di Perak, empat di Kedah dan satu di Pulau Pinang, dengan jumlah kerugian dianggarkan RM200,000 sejak Jun lalu.

Menurutnya, kumpulan itu menggunakan modus operandi mencuri kenderaan mangsa yang diletakkan di hadapan rumah dengan menggunakan batang besi yang telah diubah suai.

Mereka turut dipercayai melakukan samun terhadap mangsa yang berada di dalam rumah serta individu yang berjalan bersendirian.

“Susulan tangkapan, polis merampas enam kenderaan curi pelbagai model selain pelbagai barangan kes milik mangsa.

“Operasi ini berjaya menyelesaikan sembilan kes curi dan cubaan curi kenderaan, dua kes samun serta tiga kes curi barang dalam kenderaan,”katanya.

Polis kini turut mengesan empat lagi suspek lelaki warga tempatan berusia antara 30 hingga 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung kegiatan kumpulan berkenaan.

Foto : Polis Perak

Related Posts

2,575 calon SPM, STPM di Miri terima sumbangan alat tulis

MIRI – Seramai 2,575 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada 11 sekolah di sekitar Miri menerima sumbangan alat tulis sebagai persediaan menghadapi peperiksaan masing-masing.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
600 peserta meriahkan Sarawak Museum Heritage Walk 2026

KUCHING – Seramai 600 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Sarawak Museum Heritage Walk 2026 yang berlangsung pada Sabtu, sekali gus memperkukuh usaha memperkenalkan khazanah sejarah dan warisan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Melaka: Mampukah BN kekal dominan, PH luas pengaruh?

PRN Melaka: Mampukah BN kekal dominan, PH luas pengaruh?

2,575 calon SPM, STPM di Miri terima sumbangan alat tulis

2,575 calon SPM, STPM di Miri terima sumbangan alat tulis

Larangan Waze berasaskan keselamatan, kedaulatan negara – PM

Larangan Waze berasaskan keselamatan, kedaulatan negara – PM

600 peserta meriahkan Sarawak Museum Heritage Walk 2026

600 peserta meriahkan Sarawak Museum Heritage Walk 2026

Ketua kaum Bisaya perlu jadi penghubung kerajaan, lahir pelapis kepimpinan – Hasbi

Ketua kaum Bisaya perlu jadi penghubung kerajaan, lahir pelapis kepimpinan – Hasbi

MCA tidak iktiraf calon diumum BN tanpa restu pimpinan

MCA tidak iktiraf calon diumum BN tanpa restu pimpinan