600 peserta meriahkan Sarawak Museum Heritage Walk 2026

KUCHING – Seramai 600 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Sarawak Museum Heritage Walk 2026 yang berlangsung pada Sabtu, sekali gus memperkukuh usaha memperkenalkan khazanah sejarah dan warisan Sarawak kepada masyarakat antarabangsa.

Program anjuran Jabatan Muzium Sarawak itu diadakan bersempena Perhimpunan Agung dan Simposium Saintifik Majlis Antarabangsa Monumen dan Tapak (ICOMOS) Ke-22 yang berlangsung di Kuching.

Penyelaras Program, Iswandi Junaidi berkata, sambutan menggalakkan daripada peserta tempatan dan antarabangsa mencerminkan semangat kebersamaan dalam usaha memelihara serta memartabatkan warisan sejarah dan kebudayaan.

Menurutnya, penyertaan antarabangsa turut melibatkan delegasi dari Itali, Perancis, Norway, Latvia, Macedonia, Portugal, New Zealand, Australia, Mali, Korea Selatan, Jepun, China, Pakistan, Vietnam, Thailand dan Brunei.

Beliau berkata, penganjuran program berkenaan bukan sekadar aktiviti berjalan kaki, sebaliknya menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan khazanah warisan.

Program itu turut memberikan peluang kepada peserta mengenali keunikan sejarah bandar raya Kuching melalui laluan yang menghubungkan beberapa bangunan dan lokasi bersejarah.

Antara lokasi yang dilalui peserta ialah Muzium Budaya Borneo, Jalan P. Ramlee, Padang Merdeka, Tugu Pahlawan, kubu perlindungan serangan udara (Air Raid Shelter), Pejabat Pos Besar, Muzium Alam Semula Jadi dan Bangunan Lama Muzium Sarawak.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Julin Allen bersama Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Anielia Siam serta ahli Majlis Warisan Sarawak (SHC).

Menurut kenyataan penganjur, kejayaan program itu turut mencerminkan komitmen Jabatan Muzium Sarawak dalam memperluas kerjasama dengan komuniti tempatan dan organisasi antarabangsa.

“Jabatan Muzium Sarawak kekal komited untuk terus memperkukuh jalinan strategik bersama komuniti dan rakan antarabangsa dalam usaha berterusan memelihara, memulihara dan memartabatkan khazanah warisan Sarawak untuk generasi akan datang,” menurut kenyataan itu.

Penganjuran program berkenaan diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga bangunan, monumen dan tapak bersejarah, selain memperkenalkan keunikan warisan Sarawak kepada pengunjung antarabangsa.

Related Posts

2,575 calon SPM, STPM di Miri terima sumbangan alat tulis

MIRI – Seramai 2,575 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada 11 sekolah di sekitar Miri menerima sumbangan alat tulis sebagai persediaan menghadapi peperiksaan masing-masing.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketua kaum Bisaya perlu jadi penghubung kerajaan, lahir pelapis kepimpinan – Hasbi

LIMBANG – Ketua masyarakat dan ketua kaum Bisaya perlu memainkan peranan lebih aktif sebagai penghubung antara kerajaan dengan penduduk bagi memastikan segala permasalahan, keperluan serta aspirasi masyarakat di peringkat akar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Melaka: Mampukah BN kekal dominan, PH luas pengaruh?

PRN Melaka: Mampukah BN kekal dominan, PH luas pengaruh?

2,575 calon SPM, STPM di Miri terima sumbangan alat tulis

2,575 calon SPM, STPM di Miri terima sumbangan alat tulis

Larangan Waze berasaskan keselamatan, kedaulatan negara – PM

Larangan Waze berasaskan keselamatan, kedaulatan negara – PM

600 peserta meriahkan Sarawak Museum Heritage Walk 2026

600 peserta meriahkan Sarawak Museum Heritage Walk 2026

Ketua kaum Bisaya perlu jadi penghubung kerajaan, lahir pelapis kepimpinan – Hasbi

Ketua kaum Bisaya perlu jadi penghubung kerajaan, lahir pelapis kepimpinan – Hasbi

MCA tidak iktiraf calon diumum BN tanpa restu pimpinan

MCA tidak iktiraf calon diumum BN tanpa restu pimpinan