Ketua kaum Bisaya perlu jadi penghubung kerajaan, lahir pelapis kepimpinan – Hasbi

LIMBANG – Ketua masyarakat dan ketua kaum Bisaya perlu memainkan peranan lebih aktif sebagai penghubung antara kerajaan dengan penduduk bagi memastikan segala permasalahan, keperluan serta aspirasi masyarakat di peringkat akar umbi mendapat perhatian sewajarnya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, golongan pemimpin masyarakat bukan sahaja bertanggungjawab menjaga kebajikan penduduk, malah turut berperanan membantu kerajaan mengenal pasti isu yang memerlukan tindakan dan penyelesaian.

Menurutnya, hubungan rapat ketua masyarakat dan ketua kaum dengan penduduk membolehkan mereka memahami keadaan sebenar serta menjadi saluran penting dalam menyampaikan keperluan komuniti kepada pihak berwajib.

“Ketua masyarakat dan ketua kaum memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan kawasan di peringkat akar umbi.

“Mereka merupakan individu yang dekat dengan masyarakat dan lebih memahami permasalahan serta keperluan penduduk setempat. Oleh itu, bantulah kerajaan dengan menyalurkan segala permasalahan atau keperluan masyarakat supaya perkara berkenaan dapat diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Keluarga Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bisaya 2026 di Dewan St. Edmund, pada Sabtu.

Hasbi berkata, tanggungjawab pemimpin masyarakat juga perlu diperluas kepada usaha membangunkan generasi pelapis bagi memastikan kesinambungan kepimpinan di peringkat komuniti.

Menurutnya, proses melahirkan pemimpin baharu perlu bermula lebih awal dan tidak seharusnya hanya diberikan perhatian apabila seseorang pemimpin tidak lagi mampu menjalankan tanggungjawab.

“Pemimpin yang ada pada masa ini juga perlu memainkan peranan dalam memastikan wujudnya pelapis yang berpotensi untuk diketengahkan.

“Jika kita tidak menyediakan pelapis dari sekarang, sudah tentu akan menjadi sukar untuk memastikan adanya penerus kepimpinan pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Hasbi berkata, usaha menyediakan pelapis bukan sekadar mengenal pasti individu yang berpotensi mengisi jawatan, sebaliknya turut memerlukan bimbingan serta pendedahan terhadap tanggungjawab kepimpinan.

Menurutnya, golongan muda perlu diberikan peluang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan bagi membolehkan mereka memahami keperluan penduduk, mempelajari kaedah menyelesaikan masalah serta memperoleh pengalaman daripada pemimpin sedia ada.

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan ilmu, pengalaman dan nilai kepimpinan dapat diwariskan kepada generasi seterusnya, sekali gus menjamin kesinambungan kepimpinan masyarakat.

Pada masa sama, Hasbi turut menekankan kepentingan memperkukuh hubungan antara ketua masyarakat, ketua kaum dan penduduk dalam mewujudkan komuniti yang harmoni serta bersatu padu.

Menurutnya, semangat kerjasama dan perpaduan yang diterapkan melalui program kemasyarakatan perlu diteruskan bagi memastikan kebajikan penduduk sentiasa terpelihara.

Beliau berharap pemimpin masyarakat Bisaya terus memainkan peranan dalam menyokong pembangunan setempat, selain membimbing generasi muda supaya bersedia memikul tanggungjawab kepimpinan pada masa hadapan.

Related Posts

2,575 calon SPM, STPM di Miri terima sumbangan alat tulis

MIRI – Seramai 2,575 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada 11 sekolah di sekitar Miri menerima sumbangan alat tulis sebagai persediaan menghadapi peperiksaan masing-masing.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
600 peserta meriahkan Sarawak Museum Heritage Walk 2026

KUCHING – Seramai 600 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Sarawak Museum Heritage Walk 2026 yang berlangsung pada Sabtu, sekali gus memperkukuh usaha memperkenalkan khazanah sejarah dan warisan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Melaka: Mampukah BN kekal dominan, PH luas pengaruh?

PRN Melaka: Mampukah BN kekal dominan, PH luas pengaruh?

2,575 calon SPM, STPM di Miri terima sumbangan alat tulis

2,575 calon SPM, STPM di Miri terima sumbangan alat tulis

Larangan Waze berasaskan keselamatan, kedaulatan negara – PM

Larangan Waze berasaskan keselamatan, kedaulatan negara – PM

600 peserta meriahkan Sarawak Museum Heritage Walk 2026

600 peserta meriahkan Sarawak Museum Heritage Walk 2026

Ketua kaum Bisaya perlu jadi penghubung kerajaan, lahir pelapis kepimpinan – Hasbi

Ketua kaum Bisaya perlu jadi penghubung kerajaan, lahir pelapis kepimpinan – Hasbi

MCA tidak iktiraf calon diumum BN tanpa restu pimpinan

MCA tidak iktiraf calon diumum BN tanpa restu pimpinan