Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terbabit dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Penafian itu dibuat susulan laporan The Straits Times bertarikh 8 September 2026 yang mengaitkan Ahmad Zahid dengan dakwaan berkenaan.

Dalam kenyataan media, hari ini, Ismail pada masa sama menegaskan sokongan beliau terhadap Presiden UMNO dan seluruh barisan kepemimpinan parti itu yang didakwa sentiasa menjunjung serta mempertahankan keluhuran institusi Raja-Raja Melayu dan prinsip Raja Berperlembagaan.

“Saya sentiasa menyokong Presiden UMNO serta seluruh barisan kepimpinan parti yang sentiasa menjunjung, mempertahankan dan memelihara keluhuran institusi Raja-Raja Melayu serta prinsip Raja Berperlembagaan.

“Saya berharap isu yang melibatkan adat di Negeri Sembilan ini dapat diselesaikan dengan baik, penuh hikmah dan mengikut lunas undang-undang demi menjamin kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan,” katanya.

Ismail turut berharap sebarang isu berkaitan adat di Negeri Sembilan dapat diselesaikan mengikut lunas undang-undang bagi memastikan kestabilan dan keharmonian negeri terus terpelihara.

Beliau juga menegaskan sokongannya terhadap kepemimpinan UMNO, dalam masa sama mempertahankan prinsip parti yang menjunjung keluhuran institusi Raja-Raja Melayu serta sistem Raja Berperlembagaan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar