Sarawak perkasa kontraktor Bumiputera seiring peralihan sektor ekonomi hijau

KUCHING – Sarawak terus memperkasa penyertaan kontraktor Bumiputera dalam agenda pembangunan negeri bagi mendepani peralihan ke arah ekonomi hijau dan tenaga boleh baharu, pada Rabu malam.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, transformasi sektor pembinaan ini dilaksanakan dengan mengambil kira keseimbangan pertumbuhan dan kelestarian alam sekitar.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Cawangan Sarawak.

“Dalam kita menguruskan ekonomi kita, dengan kekuatan yang ada pada kita untuk kita menyelaraskan keseimbangan daripada pembangunan dan juga alam sekitar, sebab itu kita menuju ke arah ekonomi hijau berteraskan kepada tenaga yang boleh diperbaharui,” katanya.

Abang Johari menyarankan PKMM memainkan peranan lebih proaktif dalam membangunkan keupayaan penguasaan teknologi pembinaan baharu dalam kalangan ahli.

Majlis tersebut turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKMM Sarawak dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak.

Langkah perluasan ekosistem ini menyediakan ruang kepada kontraktor tempatan untuk mengadaptasi kepakaran daripada pembinaan konvensional kepada bidang berteknologi tinggi pada masa hadapan.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan