Masyarakat Mukah digesa waspada, elak pembakaran terbuka susulan jerebu

MUKAH – Masyarakat di daerah ini diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan penjagaan kesihatan berikutan fenomena jerebu yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, situasi kualiti udara terkini itu turut menjejaskan jarak penglihatan di beberapa kawasan sekitar.

“Masyarakat perlu mengurangkan aktiviti fizikal berat dan aktiviti di luar rumah sepanjang keadaan jerebu semakin buruk,” katanya.

Royston turut menasihatkan golongan berisiko tinggi memakai pelitup muka bersesuaian, manakala individu yang mengalami simptom pernafasan perlu segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Beliau pada masa sama menegaskan larangan melakukan sebarang pembakaran terbuka dalam komuniti bagi mengelakkan kualiti udara tempatan bertambah merosot.

Orang awam disaran supaya terus memantau perkembangan bacaan semasa IPU serta mematuhi arahan terkini daripada JPBNS.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang