Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

BANGI – Kedudukan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai institusi yang menghimpunkan simpanan jutaan umat Islam menyebabkan aspek amanah, integriti dan ketelusan tidak boleh dikompromi.

Sehubungan itu, Presiden WADAH, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, budaya mencari kambing hitam susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH perlu dielakkan.

Beliau berpandangan, seharusnya hasil pendedahan itu dijadikan dalam mencari punca sebenar kelemahan yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian, bukannya menjadi gelanggang tuduh-menuduh atau medan politik untuk mencari kemenangan.

“Dialog untuk mencari kebenaran, bukan mencari kemenangan. Dialog yang mencari penyelesaian, bukan mencari kambing hitam. TH bukan milik kerajaan semata-mata.

“Bukan milik mana-mana parti politik atau perdana menteri. Bukan milik lembaga pengarah. Bukan milik pengurusan. Tabung Haji adalah amanah,” katanya ketika berucap pada Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di Hotel Tenera, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azam berkata, pendeposit TH bukan sekadar pelanggan kerana mereka menyerahkan wang kepada institusi itu berdasarkan kepercayaan bahawa amanah berkenaan akan diurus dengan sebaik-baiknya.

“Pendeposit bukan sekadar pelanggan. Mereka ialah pemegang amanah yang menyerahkan wang mereka kepada sebuah institusi yang mereka percaya.

“Mereka berhak mengetahui bagaimana amanah itu diurus,” katanya.

Beliau berkata, kepercayaan terhadap TH mempunyai dimensi yang lebih luas daripada prestasi kewangan semata-mata kerana ia turut merangkumi aspek syariah, moral, sosial dan kenegaraan.

“Prinsip berkenaan menjadi semakin penting selepas pendedahan laporan RCI berkaitan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020,” katanya.

Azam berkata, semua pihak termasuk kerajaan, lembaga pengarah, pengurusan, golongan profesional dan masyarakat Islam mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam memastikan institusi itu terus kukuh.

“Kerajaan mempunyai tanggungjawab setelah mengisytiharkan RCI. Pengerusi dan lembaga TH mempunyai tanggungjawab untuk berdepan dengan segala persoalan.

“Pengurusan mempunyai tanggungjawab. Kita sebagai masyarakat Islam juga mempunyai tanggungjawab,” katanya.

Katanya lagi, perbezaan pandangan mengenai TH tidak seharusnya membawa kepada perpecahan sekiranya ia diurus berdasarkan ilmu dan adab.

“Sebaliknya, perbezaan itu boleh menjadi asas kepada pembentukan dasar yang lebih baik demi masa depan TH dan kepentingan pendeposit,” katanya.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia