Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, ketika pelabur menantikan keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan diumumkan hari ini.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0385/4.0455 berbanding dolar AS 4.0435/4.0475 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, tumpuan hari ini adalah kepada keputusan OPR oleh MPC, dengan bank pusat itu berkemungkinan besar mengekalkan kadar dasar pada 2.75 peratus.

Sementara itu, beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.12 peratus kepada 99.555 mata menjelang penerbitan data gaji bukan ladang (NFP) AS pada Jumaat.

Beliau berkata, pasaran beberapa hari kebelakangan ini memberi tumpuan kepada ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Kevin Warsh pada Simposium Jackson Hole Jumaat lalu berkaitan inflasi, yang sekali gus memberi petunjuk bahawa kenaikan kadar faedah mungkin dipertimbangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Fed pada pertengahan September.

“Ini menyebabkan nilai ringgit mengalami pelarasan berbanding dolar AS,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit mengukuh sedikit hari ini, walaupun pergerakannya dijangka kekal dalam julat dagangan yang kecil.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit mengukuh berbanding pound kepada 5.4443/5.4537 daripada 5.4527/5.4581 pada Rabu dan meningkat sedikit berbanding euro kepada 4.6782/4.6863 daripada 4.6787/4.6834.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 2.5411/2.5456 daripada 2.5294/2.5321.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 227.3/227.8 daripada 227.6/227.9 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.45/6.47 daripada 6.46/6.47 ketika ditutup pada Rabu.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1764/3.1822 daripada 3.1739/3.1773 dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.1660/12.1926 daripada 12.1321/12.1488 ketika ditutup pada Rabu.

Related Posts

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

KUALA LUMPUR – Pantai Timur mempunyai potensi besar untuk menjadi destinasi pelaburan yang lebih berdaya saing. Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dari 2021…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melihat sektor kesihatan sebagai strategi ekonomi negara, bukan sekadar soal rawatan, berikutan peningkatan jumlah penduduk warga emas dan kos perubatan semakin tinggi. Timbalan Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan