Jangan jadikan RCI Tabung Haji alat, senjata politik

BANGI – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) tidak seharusnya dijadikan senjata politik.

Presiden WADAH, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, politik tidak boleh mengatasi keberanan dalam mendedahkan kelompangan yang berlaku di dalam Tabung Haji namun kebenaran juga tidak boleh dialatkan menjadi politik.

Menurut beliau, dapatan yang terkandung di dalam RCI TH juga tidak boleh dipandang ringan atau ditutup kerana kebimbangan terhadap implikasi politik.

“Jangan laporan RCI ini dijadikan senjata ataupun alat politik tetapi pada masa yang sama jangan pula dapatan RCI ini dipandang ringan atau ditutup, dikaburi kerana takut kepada implikasi politik.

“Kedua-duanya tidak betul. Politik tidak boleh mengatasi kebenaran tetapi kebenaran juga tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan politik,” katanya ketika berucap pada Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di Hotel Tenera, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahmad Azam berkata, laporan RCI berkenaan perlu dilihat dengan fikiran yang jernih dan hati yang bersih kerana ia bukan laporan mana-mana parti politik, kerajaan tertentu mahupun pembangkang namun hasil siasatan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Semua pihak perlu memastikan dapatan RCI diterjemahkan kepada proses muhasabah, pembaikan dan pembetulan demi mengembalikan keyakinan jutaan pendeposit TH.

“TH bukan sekadar sebuah institusi kewangan kerana ia mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah pembangunan umat Islam di Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, institusi itu lahir daripada gagasan untuk membantu umat Islam, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mengumpulkan simpanan sedikit demi sedikit bagi menunaikan ibadah haji.

“Apabila kita berbicara tentang TH, kita sebenarnya berbicara tentang kepercayaan jutaan pendeposit.

“Kepercayaan tidak boleh dinilai hanya dalam bentuk ringgit dan sen. Ia mempunyai dimensi amanah syariah, moral, sosial dan kenegaraan,” katanya.

Sehubungan itu, Azam menegaskan pengurusan TH mesti berteraskan integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Beliau turut mengingatkan RCI bukan titik penamat, sebaliknya titik permulaan kepada usaha memperkukuh institusi berkenaan untuk tempoh jangka panjang.

“Tujuan akhirnya bukan sekadar mencari siapa yang salah. Tujuan akhirnya ialah memastikan Tabung Haji menjadi lebih kukuh daripada sebelum ini.

“Perbincangan mengenai masa depan TH juga perlu melangkaui persoalan jumlah hibah tahunan, dengan mengambil kira daya tahan institusi itu untuk tempoh 20, 30 malah 50 tahun akan datang,” katanya.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana