AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

KOTA KINABALU – Pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) terhadap peningkatan tahap keselamatan Sabah dijangka memberi suntikan besar kepada keyakinan pelancong antarabangsa untuk berkunjung ke negeri itu, khususnya menjelang pelaksanaan Visit Sabah 2027.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, perkembangan itu membuktikan persepsi terhadap tahap keselamatan Sabah semakin positif di peringkat antarabangsa.

“Kenyataan Kuasa Usaha Kedutaan AS di Kuala Lumpur, David Gamble, bahawa Sabah kini berada pada status perjalanan yang lebih longgar merupakan perkembangan positif dan tepat pada masanya.

“Pengiktirafan ini mencerminkan peningkatan keyakinan antarabangsa terhadap keselamatan dan kestabilan Sabah.

“Ia juga menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa Sabah merupakan destinasi yang selamat dan stabil serta bersedia menerima lebih ramai pelawat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Khamis.

Menurutnya, pada Februari lalu, AS meletakkan sebahagian besar kawasan di Sabah pada Tahap 1, yang menasihatkan pelancong supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti biasa ketika berada di negeri berkenaan.

“Bagaimanapun, pulau-pulau dan kawasan maritim di luar pantai timur Sabah masih berada pada Tahap 2 dalam nasihat perjalanan AS.

“Perubahan penilaian AS itu turut menyusul keputusan Jepun pada Jun lalu menurunkan nasihat perjalanan bagi kawasan pantai timur Sabah, dari Kudat hingga Tawau, daripada Tahap 2 kepada Tahap 1.

“Jepun juga menurunkan nasihat perjalanan bagi beberapa pulau di Sabah Timur daripada Tahap 3 kepada Tahap 2, menunjukkan perkembangan positif terhadap penilaian keselamatan kawasan berkenaan,” ujarnya.

Tambahnya, perkembangan itu mencerminkan keberkesanan usaha berterusan agensi keselamatan dalam memastikan keselamatan rakyat, pelancong dan kawasan tumpuan pelancongan di Sabah sentiasa terjamin.

“Saya memberi penghargaan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta semua agensi berkaitan atas komitmen menjaga keselamatan negeri.

“Usaha memastikan keselamatan Sabah tidak boleh dihentikan kerana tahap keyakinan pelancong mempunyai kaitan langsung dengan pertumbuhan industri pelancongan.

“Usaha keselamatan ini mesti diteruskan secara konsisten, kerana keyakinan pelancong adalah asas kepada pertumbuhan industri pelancongan Sabah,” terangnya.

Dalam pada itu, Jafry berharap lebih banyak negara akan menilai semula nasihat perjalanan masing-masing berdasarkan keadaan keselamatan semasa serta maklumat yang tepat dan terkini.

“Kelonggaran nasihat perjalanan bukan sahaja berpotensi meningkatkan ketibaan pelancong, malah mampu mengukuhkan keyakinan syarikat penerbangan dan pelabur untuk melihat Sabah sebagai destinasi yang lebih menarik.

“Perkembangan ini juga akan memberi manfaat secara langsung kepada pengusaha pelancongan serta komuniti tempatan yang bergantung kepada aktiviti pelancongan.

“Menjelang Visit Sabah 2027,saya harap peningkatan keyakinan antarabangsa ini akan membantu kerajaan negeri memposisikan Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan yang selamat, stabil dan bertanggungjawab di rantau ini.

“Sabah mempunyai kelebihan tersendiri menerusi khazanah alam semula jadi, hidupan liar unik, pulau bertaraf dunia serta kepelbagaian budaya yang mampu menjadi tarikan utama pelancong antarabangsa.

“Kami mengalu-alukan pelawat dari Amerika Syarikat, Jepun dan seluruh dunia untuk menikmati keindahan serta keramahan Sabah.

“Sabah selamat, stabil dan bersedia,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM