Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memulakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) siri ketiga bermula Khamis hingga 5 September bagi mengatasi penyusutan takungan air serta mengurangkan kesan jerebu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penerbangan awal menyasarkan ruang udara Empangan Batang Ai sebelum beralih ke Empangan Murum dan Bakun. 

Operasi terbabit turut menumpukan 13 kawasan tadahan air merentasi lima bahagian iaitu Samarahan, Sri Aman, Betong, Kapit dan Limbang.

“Matlamat pertama adalah untuk meningkatkan jumlah takungan air di semua empangan dan kawasan tadahan manakala kedua, kita berharap hujan yang turun kelak dapat mengurangkan jerebu,” katanya turut merangkap Pengerusi JPBN Sarawak.

Operasi pada sasaran ketinggian 5,000 hingga 7,000 kaki itu dijayakan menerusi penyelarasan pelbagai agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), TUDM dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Uggah turut menggesa orang awam supaya menghentikan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dengan serta-merta bagi mengelakkan kualiti udara bertambah buruk. 

Bagi mendepani isu utiliti, JPBN juga telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang mewajibkan penghantaran bantuan bekalan air diselesaikan dalam tempoh 12 jam selepas aduan diterima.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan