Peniaga KL Night Street Sri Rampai ucap terima kasih PM sudi dengar keluhan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu penduduk setempat dan peniaga di KL Night Street, Sri Rampai di sini, malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, kunjungan singkat itu memberi peluang kepadanya menyantuni orang ramai, termasuk kanak-kanak dan golongan muda yang berada di kawasan berkenaan.

Beliau turut mengambil kesempatan mendengar sendiri pandangan serta aduan yang disampaikan oleh para peniaga, khususnya berkaitan kemudahan dan keadaan mereka menjalankan perniagaan.

“Insya-Allah saya ambil maklum dan akan teliti apa yang boleh dilakukan untuk menambah baik kemudahan serta keadaan mereka berniaga,” katanya.

Dalam kunjungan itu, Anwar turut menerima persembahan daripada penggiat muzik jalanan atau busker yang menghiburkan beliau dengan dendangan lagu Azizah.

Kehadiran Perdana Menteri itu turut mendapat penghargaan daripada peniaga yang meninggalkan komen di ruangan hantaran berkenaan.

Seorang penjaja, Daeng Mohd Aiman Abdullah, menzahirkan penghargaan atas kesudian Anwar turun padang dan mendengar sendiri suara serta keluhan peniaga di KL Night Street.

“Terima kasih YAB Perdana Menteri atas kesudian turun padang, mendengar sendiri suara serta keluhan para peniaga KL Night Street @ Sri Rampai. Kehadiran dan keprihatinan YAB PMX memberi sinar harapan kepada penjaja kecil untuk terus mencari rezeki,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Hasmeydah Dayang, turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana meluangkan masa bersama para peniaga di KL Night Street, Sri Rampai, Setapak.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak