MoF nafi sekatan, KKDW belanja lebih peruntukan jalan luar bandar sejak 2023

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas peruntukan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) berhubung jalan luar bandar malah peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berbangkit disebabkan peruntukan tahun semasa telahpun dibelanjakan hampir sepenuhnya.

“Tiada sebarang sekatan telah dibuat ke atas peruntukan KKDW berhubung jalan luar bandar. Peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya. Kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berbangkit disebabkan peruntukan tahun semasa telahpun dibelanjakan hampir sepenuhnya

“KKDW telah membuat komitmen serta membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan bagi projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap persoalan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sama ada kerajaan tidak mempunyai dana mencukupi atau terdapat agenda lain di sebalik peruntukan hampir RM1 bilion yang didakwa tidak disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Menurut beliau, perkara itu perlu dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan kerana terdapat kontraktor yang telah melaksanakan projek di bawah KKDW namun masih belum menerima bayaran.

Justeru, Muhamad Akmal meminta penjelasan kerajaan berhubung alasan peruntukan yang telah diluluskan dan dibajetkan itu tidak disalurkan kepada KKDW.

Berdasarkan rekod yang dikemukakan MoF, pada 2022 KKDW menerima peruntukan RM1.1 bilion dan membelanjakan jumlah sama.

Bagaimanapun, pada 2023, peruntukan yang diluluskan berjumlah RM1.1 bilion, manakala perbelanjaan sebenar meningkat kepada RM1.8 bilion.

Pada 2024, sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan berbanding RM2 bilion perbelanjaan sebenar, manakala pada 2025 peruntukan berjumlah RM1.6 bilion dengan perbelanjaan sebenar RM2.3 bilion.

Bagi 2026, sebanyak RM2.1 bilion diperuntukkan dengan RM1.9 bilion telah dibelanjakan sehingga Jun lalu.

Mengulas lanjut, Johan berkata, setakat ini, bagi tahun 2026, MoF telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.

Tambah beliau, MoF bekerjasama dengan KKDW bagi menangani isu berkenaan, antaranya dengan menyusun semula peruntukan KKDW berdasarkan keutamaan.

“Pada masa yang sama, MoF juga dalam proses mengenal pasti penjimatan daripada kementerian lain untuk membantu menampung keterlebihan komitmen oleh KKDW.

“Setiap kementerian perlu bertanggungjawab merancang dan mengurus perbelanjaan berdasarkan peruntukan Belanjawan tahunan yang diluluskan Parlimen,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan