Kompaun Smart Parking RM100 jika gagal dijelaskan

TAWAU – Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengingatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan parkir di kawasan Smart Parking bagi mengelakkan dikenakan kompaun yang boleh meningkat sehingga RM100 jika tidak dijelaskan mengikut tempoh ditetapkan.

Berdasarkan infografik yang dimuat naik di Facebook rasmi MPT, pelaksanaan kompaun dibuat di bawah Uniform (Provision of Public Parking Places) By-Laws 2023 bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan parkir serta menyokong pelaksanaan sistem Smart Parking yang lebih moden dan efisien.

Kadar bayaran kompaun ditetapkan sebanyak RM30 jika dijelaskan dalam tempoh 14 hari, RM50 bagi bayaran dalam tempoh 15 hingga 30 hari, manakala selepas 30 hari jumlah kompaun meningkat kepada RM100.

MPT memaklumkan kegagalan menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil di mahkamah.

Bayaran kompaun boleh dibuat di Kaunter Hasil MPT, Kaunter Hasil UTC, melalui aplikasi MPT Sistem Smart Parking, aplikasi MPTPay atau secara dalam talian di portal MPTPay.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada MPT di talian 089-701698 dan 089-701699 atau mengunjungi kiosk MPT di Fajar dan Pasar Tanjung.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan