Sarawak perkukuh pemantauan penyakit berkaitan jerebu

SIBU – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mempertingkatkan kesiapsiagaan dan pemantauan penyakit berkaitan jerebu berikutan kemerosotan kualiti udara yang melanda beberapa kawasan di negeri ini sejak awal Ogos lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, langkah itu penting bagi memastikan sistem kesihatan awam sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan peningkatan pesakit yang mengalami masalah kesihatan akibat pendedahan kepada udara tidak sihat.

Menurut beliau, pemantauan yang dijalankan di 15 fasiliti kesihatan sentinel di seluruh Sarawak mendapati terdapat peningkatan kecil dalam kes jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Purata kes mingguan meningkat kepada sekitar 1,752 kes berbanding kira-kira 1,717 kes pada awal tahun ini, dengan peningkatan lebih ketara direkodkan di beberapa zon pada pertengahan Ogos”.

“Zon Selatan merekodkan kira-kira 1,250 kes, manakala jumlah kes di Zon Tengah melebihi 1,000 dan Zon Utara pula mencatatkan sekitar 400 kes,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Klinik Kesihatan Jalan Oya pada Selasa.

Bagi tempoh Januari hingga akhir Ogos pula, sebanyak kira-kira 694,800 kehadiran pesakit direkodkan di 15 fasiliti sentinel berkenaan, termasuk 64,688 kes URTI dan 6,156 kes asma. Pemantauan turut mendapati purata kes konjunktivitis meningkat daripada 17 kepada 21 kes seminggu, sementara kes asma di peringkat negeri secara keseluruhannya kekal stabil.

Hanifah berkata, pihak kesihatan akan terus memperketat pemantauan penyakit berkaitan jerebu serta memastikan bekalan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan tenaga kerja mencukupi.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengehadkan aktiviti fizikal di kawasan terbuka dan mengurangkan tempoh pendedahan kepada udara tidak sihat, selain menggunakan pelitup muka yang bersesuaian sekiranya perlu berada di luar bagi mengurangkan risiko gangguan kesihatan akibat jerebu.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan