Kanak-kanak perempuan 11 tahun lemas di Sungai Bengkoka

PITAS – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan lemas di Sungai Bengkoka, Kampung Pondoi, di sini, petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, PBT II Noor Jali Maslah, berkata dalam kejadian itu, dua lagi mangsa perempuan masing-masing berusia empat dan 14 tahun hampir lemas serta dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.17 petang sebelum enam anggota tiba di lokasi pada jam 5.41 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan bot Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kaedah Surface Water Rescue.

“Pencarian dilakukan di Sungai Bengkoka dalam radius satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Noor Jali, mangsa berusia 11 tahun itu ditemukan penduduk kampung pada jam 7.36 pagi Rabu, kira-kira satu kilometer dari PKB.

“Pasukan bomba kemudian membawa keluar mangsa menggunakan pengusung sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

“Mangsa dibawa ke hospital oleh pihak polis dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sementara itu, dua mangsa lain yang turut terlibat dalam kejadian itu, iaitu remaja perempuan berusia 18 tahun dan remaja lelaki berusia 14 tahun, dilaporkan selamat.

Menurut Noor Jali, operasi berkenaan juga disertai empat anggota Polis ditamatkan pada pukul 8.25 pagi selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat dan tiada lagi bahaya lain.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan