Maxim sertai perarakan Hari Kebangsaan Ke-69, bukti komitmen bersama komuniti

KUANTAN – Semangat Merdeka membara di jalanan Kuantan apabila Maxim Malaysia tampil dengan lebih 10 kenderaan disertai rakan pemandu dan keluarga, bagi mewakili syarikat e-panggilan itu dalam Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang.

Penyertaan itu bukan sekadar memeriahkan sambutan berkenaan malah membuktikan komitmen Maxim untuk terus berada dekat dalam komuniti setempat sejak mula beroperasi di Kuantan pada 2019.

Ketua Maxim Kuantan, Muhammad Hasif Faiz berkata, berbeza daripada peserta korporat lain, Maxim memilih untuk mengetengahkan wajah sebenar syarikat iaitu para rakan pemandu.

“Mereka hadir bersama keluarga, menaiki kenderaan dihias khas, mengharungi laluan perarakan di sekitar bandar raya Kuantan.

“Perarakan ini cara kami menzahirkan cinta dan penghargaan kepada Malaysia. Maxim sudah sebati dengan Kuantan sejak 2019, dan kami bangga melihat rakan pemandu bersama keluarga mewakili syarikat dalam sambutan bermakna ini,” katanya.

Menurutnya, acara sebegini berjaya menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang dan mengukuhkan semangat perpaduan yang menjadi teras sambutan tahun ini.

Bagi Mohamad Hafiz Woon, salah seorang rakan pemandu Maxim, peluang berarak bersama keluarga adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Ini pengalaman istimewa. Kami datang daripada pelbagai latar belakang, tapi hari ini kami berkongsi rasa bangga yang sama sebagai rakyat Malaysia.

“Dapat berarak bersama keluarga dan rakan pemandu lain menjadikan sambutan ini lebih bermakna,” ujarnya.

Perarakan anjuran Kerajaan Negeri Pahang itu menghimpunkan pelbagai agensi, pertubuhan dan anggota masyarakat sebagai simbol perpaduan sempena sambutan Hari Merdeka ke-69.

Bagi Maxim, penyertaan ini mengukuhkan peranan syarikat bukan hanya sebagai penyedia perkhidmatan e-panggilan, tetapi juga rakan kepada komuniti.

“Sementara kami terus menyokong keperluan mobiliti rakyat Kuantan dan menyediakan peluang pendapatan kepada pemandu tempatan, kami juga mahu bersama-sama meraikan nilai kebersamaan yang menyatukan rakyat Malaysia,” tambah Hasif.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?