Kanak-kanak tiga tahun maut terjatuh dari Jambatan Victoria

KUALA KANGSAR – Kegembiraan sebuah keluarga yang bercuti sempena cuti umum Hari Kebangsaan bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira lima meter di Jambatan Victoria, Enggor, di sini, petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Abdul Rafee Abdul Halim, dipercayai terjatuh melalui sebuah lubang pada jambatan bersejarah berkenaan ketika berjalan bersama bapanya yang berusia 42 tahun.

Mangsa yang masih hidup selepas terjatuh ke atas jalan berturap di bawah jambatan itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Charan Ai Wan berkata, ketika kejadian, mangsa sedang berjalan di atas jambatan berkenaan sambil memegang tangan bapanya sebelum dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira lima meter.

“Ketika kejadian mangsa bersama bapanya berjalan di atas jambatan itu sambil memegang tangan dan kemudiannya jatuh melalui satu lubang pada jambatan berkenaan.

“Sejurus selepas terjatuh di atas jalan berturap di bawah jambatan, mangsa yang ketika itu masih hidup dikejarkan ke wad kecemasan hospital namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam,” katanya pada Selasa.

Menurut beliau, ibu mangsa yang turut berada di lokasi kejadian kemudiannya melihat anaknya berada di atas jalan raya di bawah jambatan tersebut.

Difahamkan, mangsa merupakan anak kelima daripada lima beradik dan keluarganya berasal dari Kluang, Johor.

Keluarga berkenaan dikatakan datang bercuti ke Kuala Kangsar sebelum mengunjungi Jambatan Victoria yang terkenal sebagai antara lokasi tarikan pelancong untuk merakam gambar kenangan.

Sementara itu, jambatan ikonik berkenaan ditutup kepada pengunjung sebagai langkah keselamatan.

Kawasan kejadian turut dipasang pita larangan melintas oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dengan kerjasama pihak polis.

Foto: Gambar tular

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan