Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

PUTRAJAYA – Deruman jet pejuang bergemuruh pagi ini apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengetuai acara terbang lintas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Aksi berkenaan diketuai Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris yang menerbangkan sendiri pesawat Sukhoi SU-30MKM, sekali gus mencuri perhatian dan menerima tepukan gemuruh daripada ribuan orang ramai yang menyaksikan sambutan itu.

Pertunjukan udara berkenaan membabitkan empat pesawat Sukhoi SU-30MKM yang melakukan penerbangan dalam formasi kemas dan tersusun, mempamerkan ketangkasan serta keupayaan aset udara negara.

Formasi itu turut disertai empat pesawat pejuang F/A-18D Hornet dan dua pesawat Hawk 208, yang memperlihatkan keupayaan TUDM dalam melaksanakan pelbagai peranan operasi serta pertahanan udara.

Kemuncak terbang lintas turut diserikan dengan lintas hormat pesawat pengangkut membabitkan C130H Hercules, A400M Atlas dan CN235, sekali gus menampilkan keupayaan TUDM bukan sahaja dalam aspek tempur, malah operasi pengangkutan dan logistik.

Aset sayap berputar turut mengambil bahagian dalam formasi berkenaan, antaranya helikopter EC725 milik TUDM.

Turut menyertai acara itu ialah Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), MD530G dan AgustaWestland AW109 milik Pasukan Udara Tentera Darat, selain aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Gabungan pelbagai aset udara daripada agensi keselamatan dan penguatkuasaan itu bukan sahaja memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, malah melambangkan kekuatan serta kesiapsiagaan negara menerusi kerjasama bersepadu antara agensi.

Persembahan di ruang udara Putrajaya itu turut menjadi antara acara yang mencuri tumpuan orang ramai, khususnya dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan kebanggaan terhadap keupayaan pertahanan negara.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan