Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dengan tema, ‘Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati’ membuka tirai secara rasminya pagi hari ini.

Acara sempena kemerdekaan negara ke-69 itu bermula dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 8 pagi.

Sejurus keberangkatan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah di pentas diraja, lima pesawat iaitu tiga helikopter EC 725, AgustaWestland AW109 (Agusta A109) dan Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW 139 melakukan terbang lintas diiringi lagu kebangsaan Negaraku.

Baginda kemudiannya berkenan memeriksa kawalan kehormat utama.

Lagu Negaraku sekali lagi berkumandang, serentak dengan acara menaikkan Jalur Gemilang bersama tembakan meriam sebanyak 14 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Istiadat.

Acara diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara oleh Penolong Pesuruhjaya Bomba Datuk Abdul Razak Muda bersama 69 Wira Merah daripaada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta jurubahasa isyarat, Nur Alyanatasha.

Sambutan kali ini membabitkan 10,819 peserta, 77 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam, 328 aset darat dan udara serta 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan dan 11 kereta berhias yang turut disiarkan dan diikuti jutaan rakyat Malaysia secara langsung melalui kaca televisyen dan laman media sosial.

Mereka mewakili pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor swasta.

Perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini terdiri daripada Kontinjen Kenegaraan, Kesejahteraan, Ekonomi, Kelestarian Ekonomi Jingga; Ketenteraman Awam dan Keselamatan Negara.

Acara kemuncak yang dinantikan pengunjung sudah tentunya menerusi persembahan udara dengan formasi oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ia membabitkan persembahan formasi aset udara termasuk pesawat tempur SU-30 MKM, Hawk, A400M dan helikopter.

Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dataran Putrajaya disambut laungan ‘Malaysia MADANI’ sebanyak tiga kali.

Selain perdana menteri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menteri Kabinet termasuk Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, diplomat dan perwakilan asing serta dif kenamaan menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2026 itu.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM