Kerajaan lulus RM30 juta naik taraf dua STOLport Sarawak

KUCHING – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta bagi menaik taraf dua Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) di pedalaman Sarawak pada Jumaat.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, peruntukan menerusi Dana Pembangunan Lapangan Terbang itu melibatkan pembahagian RM15 juta masing-masing untuk fasiliti di Long Banga dan Ba’ Kelalan. 

“Kerja naik taraf ini akan memfokuskan kepada struktur terminal serta pemanjangan landasan sedia ada.

“Sekiranya landasan dapat dipanjangkan, kita boleh membawa lebih ramai penumpang kerana sekarang ini kapasiti adalah terhad, hanya sekitar sembilan orang disebabkan keadaan landasan,” katanya lagi.

Hasbi ditemui pemberita selepas peluncuran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional ke Sarawak di Kompleks UNIFOR pada Jumaat. 

Beliau turut memaklumkan projek naik taraf Lapangan Terbang Miri yang bernilai melebihi RM400 juta kini sedang dalam proses reka bentuk.

Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan jaringan pengangkutan udara di wilayah ini terus diperkukuh untuk manfaat rakyat.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM