Suasana Mahkamah Kuala Lumpur bertukar tegang dengan kehadiran penyokong M Saravanan

KUALA LUMPUR – Suasana di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini mula dipenuhi beberapa individu yang dipercayai penyokong bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pada Jumaat.

Suasana sedikit tegang di hadapan pintu pagar utama kompleks mahkamah apabila beberapa individu mendakwa tidak dibenarkan masuk.

Keadaan kemudian kembali tenang selepas individu yang dipercayai petugas mahkamah membenarkan mereka masuk beberapa minit kemudian.

Berdasarkan tinjauan, kawalan keselamatan di pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur diperketatkan dengan kira-kira 15 anggota polis diarahkan melaksanakan saringan keselamatan terhadap semua individu yang memasuki pagar terbabit.

Sementara itu, kesemua penyokong yang hadir mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda solidariti terhadap Timbalan Presiden MIC itu.

Seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Subramaniam,41, berkata, kehadiran dirinya dan penyokong lain bukanlah untuk melakukan rusuhan namun ingin memberikan sokongan kepada Saravanan.

“Tuduhan kata kami nak buat mogok dan rusuhan, itu hanyalah maklumat palsu yang ingin mencipta persepsi buruk terhadap MIC.

“Kami yang majoriti hadir penyokong dari Tapah dan sekitar sini datang hanya ingin memberi dokongan dan sokongan moral tidak berbelah bagi terhadap timbalan presiden kami. Itu sahaja yang kami lakukan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Terdahulu, tular satu poster mengajak penyokong Ahli Parlimen Tapah itu hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan tema pakaian berwarna hitam.

Media sebelum ini melaporkan bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengesahkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Tapah itu mendakwa, beliau akan menghadapi pertuduhan berpunca daripada kenyataan pihak ketiga yang mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing ketika pandemik Covid-19 pada 2022.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana