Wanita 63 tahun maut motosikal terbabas ke dalam longkang di Petra Jaya

KUCHING – Seorang penunggang motosikal wanita berusia 63 tahun ditemui meninggal dunia selepas kenderaannya hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam longkang di Jalan Tan Sri Abang Ikhwan, Petra Jaya pada 27 Ogos 2026.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan pada jam 10.15 pagi itu melibatkan sebuah motosikal.

Siasatan awal polis mendapati mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Matang Jaya menuju ke Klinik Kesihatan Petra Jaya sebelum terbabas ke bahagian longkang di sebelah kiri bahu jalan.

Alexson berkata, kes kemalangan maut tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya segera menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Russell Stetson Junner di talian 017-8578601 atau 082-259900.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap