Saravanan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Sumber Manusia, M Saravanan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang tiba menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kira-kira jam 8.24 pagi disambut dengan meriah oleh laungan puluhan penyokong yang hadir dalam memberikan sokongan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) tersebut.

Timbalan Presiden MIC itu dijangka menghadapi pertuduhan berhubung kuota pengambilan pekerja asing di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan dengan perbuatan meminta, menerima, memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.

Pengamal media dan penyokong ahli politik itu dilihat berada di pekarangan kompleks mahkamah seawal 7.45 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes terhadap Saravanan akan disebut di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada 9 pagi.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX